fbpx
Now Reading
Tetap Kekal, Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Diteruskan – Tengku Zafrul

Tetap Kekal, Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Diteruskan – Tengku Zafrul

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata anda pasti ada mengengar berita yang perkhidmatan feri Pulau Pinang akan digantikan dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari ini bukan?

Pengumuman Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang itu nyata mengejutkan orang ramai memandangkan perkhidmatan feri yang sudah beroperasi selama 126 tahun itu adalah simbolik dan ikonik di sana.

Ekoran dari tu, orang ramai terutamanya pengunjung dan penduduk Pulau Pinang mula meluahkan rasa sedih mereka dan meminta kerajaan untuk tidak menghentikan perkhidmatan feri tersebut.

Malah ramai yang dilihat mengambil peluang untuk menaikinya buat kali terakhir sebelum perkhidmatan tersebut diganti.

Foto : Selangor Journal

Terbaru, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz mengesahkan bahawa perkhidmatan tersebut akan diteruskan.

Menurut beliau, kerajaan persekutuan sudah meluluskan peruntukan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri.

“Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini, akan dibayar secara dua ansuran tahunan, iaitu RM15 juta untuk 2021 adalah termasuk dalam peruntukan yang diluluskan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

“Baki RM15 juta akan disediakan kerajaan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) 2020 pada petang khamis.

Kenyataan ini pastinya akan melegakan orang ramai yang sebelum ini menyuarakan kekecewaan mereka dengan keputusan penamatan perkhidmatan itu,


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.