fbpx
Now Reading
Selamba Prank Member Bagi Casing Phone Konon Ada Orang Call [Video]

Selamba Prank Member Bagi Casing Phone Konon Ada Orang Call [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Dalam ramai-ramai kawan korang, mesti ada yang jenis kuat prank member betul tak? Tapi, bila dia tak ada tu seolah-olah dunia ini terasa kosong tanpa gelak tawa darinya kan? Biasalah tu adat berkawan mesti ada yang jenis ‘masuk air’ dan suka menyakat. Itulah yang dinamakan sahabat!

Samalah seperti remaja lelaki ini apabila rakan-rakannya dikatakan cuba menyakat sewaktu remaja lelaki tersebut sedang lena dibuai mimpi.

Kredit: TikTok/@kalealfaizy

Video yang dimuat naik oleh @kalealfaizy di aplikasi TikToknya itu tiba-tiba tular sehingga video berkenaan mencecah sebanyak 8.0 juta jumlah tontonan, manakala sebanyak 727.7k yang menekan tanda suka.

Rata-rata video tersebut berjaya menghiburkan hati orang ramai dengan reaksi spontannya sambil menjawab soalan biarpun dalam keadaan yang mamai.

Video yang menunjukkan rakannya menghulurkan casing telefon kepadanya dengan menyatakan ada panggilan telefon untuknya yang perlu dijawab.

Kredit: TikTok/@kalealfaizy

Namun, yang lebih menghiburkan hati ialah apabila remaja terbabit terlihat memuncungkan bibirnya ke depan sehingga mukanya kelihatan seakan mirip dengan watak dalam kartun popular Doremon iaitu Suneo.

Nak-nak lagi, reaksi spontannya itu menyebabkan rakan-rakannya tidak dapat menahan diri selain mengelakkannya dek kerana tidak menyangka akan gelagatnya yang mencuit hati.

Bahkan, ada juga yang meninggalkan komen yang melucukan setelah melihat video tersebut di aplikasi TikTok milik @kalealfaizy itu.

Kredit: TikTok/@kalealfaizy
Kredit: TikTok/@kalealfaizy
Kredit: TikTok/@kalealfaizy

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.