fbpx
Now Reading
Berkeras Nak Buktikan Bumi Ini Rata Dengan Berlayar Ke ‘Hujung Dunia’, Pasangan Ini Akhirnya Tersesat & Jadi Bahan Tawa

Berkeras Nak Buktikan Bumi Ini Rata Dengan Berlayar Ke ‘Hujung Dunia’, Pasangan Ini Akhirnya Tersesat & Jadi Bahan Tawa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susah sebenarnya untuk meyakinkan penyokong teori bumi rata ini bahawasanya bumi ini sebenarnya berbentuk sfera.

Pelbagai pendedahan dan penerangan sudah diterangkan oleh ahli fizik dan saintis malahan dari para angkasawan, namun golongan sebegini masih berpepang kuat pada teori yang kononnya bumi ini adalah berbentuk datar.

Siapa sangka dalam membuktikan ‘perjuangan’ golongan mereka adalah benar, sepasang penyokong teori bumi rata dari Venetia, Itali pernah menjadi bualan hangat media dan netizen di Eropah selepas mereka nekad untuk berlayar ke Pulau Lampedusa, di Selatan Daerah Sicily, Itali yang menurut mereka adalah penghujung dunia.

Foto : BBC

Memetik laporan Daily Star, bagi menjayakan misi tersebut, pasangan separuh abad berkenaan telah menjual kereta milik mereka yang sempat di gunakan untuk sampai ke pelabuhan Termini Imirese di Sicily untuk digantikan dengan bot perlayaran.

Dari situ mereka mereka kemudiannya memulakan misi penjelajahan mereka. Namun nasib dan kemahiran berlayar mereka yang teruk menyebabkan mereka tersesat di tengah lautan.

Mereka yang sepatutnya berlayar ke Lampedusa yang terletak di selatan Itali dan berdekatan negara Malta bagaimanapun tersesat jauh dan tersalah arah sebelum tiba di Pulau Ustica, yang terletak 40 batu di barat laut Palermo.

Nasib pasangan tersebut menjadi lebih malang apabila mereka yang sudah kepenatan dan kehausan kemudiannya telah dikesan Polis Itali sebelum ditahan kerana melanggar arahan ‘lock down’. Mereka kemudian telah diiring balik ke bandar Palermo.

Sebaik tiba di sana, mereka bagaimanapun tidak dibenarkan turun dari bot malah dipaksa untuk menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Tidak berpuas hati dengan kegagalan mereka, pasangan ini yang masih degil kemudiannya sekali lagi mencuba nasib mereka dengan berlayar ke tengah lautan sebelum akhirnya ditangkap 3 jam kemudiannya tidak jauh dari lokasi mereka sepatutnya dikuarantin.

Bukan hanya gagal malah mereka turut digelakkan oleh netizen dan media disana kerana mereka telah menggunakan kompas, sedangkan alatan tersebut berfungsi berdasarkan medan magnet bumi (terrestrial magnetism), suatu prinsip yang seharusnya ditolak olah golongan bumi rata.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.