Dari Transformer, Spiderman Sampailah ke Dinosaur! Inisiatif Guru Sambut Murid Di ‘Hari Pertama’ Curi Tumpuan

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Selepas hampir dua bulan menjalani  Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hari ini secara rasminya sesi persekolah di dalam Malaysian kembali diadakan secara bersemuka.

Yang pasti, pelbagai persiapan dan persediaan telah dilakukan oleh para guru demi menyambut anak murid mereka.

Dari penyediaan bahan bantu mengajar secara bersemuka hinggalah menyambut kedatangan murid-murid di pintu masuk sekolah, semuanya telah disiapkan lebih awal demi membakar dan mendorong semangat pelajar yang kembali ke sekolah.

Namun warga pendidik di SK Kubang Kerian 3, mencuri tumpuan apabila mereka dilihat menggunakan kostum adiwira ‘Transformers’ untuk menyambut para pelajar mereka.

Berkongsi perkara berkenaan di laman Twitter, Cikgu  M.K Izzuddin, turut memuat naik video memperlihatkan dua Transformers iaitu Optimus Prime dan Bumblebee sedang berjalan dipercayai menuju ke pagar sekolah berkenaan untuk menyambut anak murid mereka.

Perkongsian tersebut kemudian mula mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mereka dilihat memuji inisiatif para guru berkenaan.

Malah menerusi ruangan balas, ramai yang turut berkongsi suasana di sekolah masing-masing di mana ada guru yang turut tampil dengan beberapa lagi kostum berbeza untuk menyambut anak murid.

Mickey mouse!

SK Langkawi ada Power Rangers

Ada dinasour

Di Kepala Batas ada Spiderman

Hello kitty & Captain America

Kami yakin banyak lagi pendidik yang turut melakukan perkara sama. Jika ada yang kami terlepas kongsikan pada ruangan komen kami di Facebook!

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

8 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

8 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

9 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

9 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

10 hours ago