Terbabit Aktiviti Macau Scam & Judi, 31 Anggota Polis Bakal Dibuang Kerja dan Turun Pangkat

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sekitar penghujung tahun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penahanan beberapa saspek yang disyaki terlibat aktiviti jenayah Macau Scam antaranya  Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.

Hasil dari penahanan mereka, beberapa selebriti turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Lebih mengejutkan apabila SPRM kemudiannya turut menahan dan menyoal siasat sejumlah pegawai dan anggota polis yang dipercayai melindungi sindiket terbabit.

Terbaru selepas beberapa bulan, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan 31 warga Polis Diraja Malaysia  yang terlibat dan bersekongkol bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi.

Menerusi laporan Harian Metro. beliau mendedahkan proses bagi menjatuhkan hukuman ke atas mereka sudah dibawa ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Baca artikel berkaitan : Apa Itu Macau Scam & Bagaimana Modus Operandi Mereka

Baca artikel berkaitan : “Takkan Lepaskan Geng Addy Kana “- Addy Kana Terbabit Macau Scam, Judi Online

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudinsendiri.

“Ini kerana kesalahan itu kami anggap sesuatu yang amat serius atas kepentingan orang ramai. Jadi saya sebagai Ketua Polis Negara telah mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili sebaik mungkin,” katanya sewaktu sidang media Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Hulu Kinta hari ini.

Tambah beliau lagi, antara hukuman yang boleh dikenakan SPP terhadap kesemua anggota PDRM itu adalah seperti dibuang kerja, diturunkan pangkat dan dipotong gaji.

“Apabila perkara ini diangkat ke atas kemungkinan hukuman dikenakan kepada mereka adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potongan gaji, tetapi dua hukuman yang utama pastinya dibuang kerja atau diturunkan pangkat…itu kuasa yang ada pada SPP,” kata beliau lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

44 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

2 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

4 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

5 hours ago