fbpx
Now Reading
Sayu! Tak Sempat Makan & Pakai Baju Baru, Ibu Luluh Anak Hidap Sakit Jantung Meninggal Dunia

Sayu! Tak Sempat Makan & Pakai Baju Baru, Ibu Luluh Anak Hidap Sakit Jantung Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kehilangan anak merupakan perkara yang paling sukar untuk dilalui oleh mana-mana ibu bapa pun.

Hati ibu mana yang tidak luluh apabila mendapat khabar anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun 5 bulan telah pergi buat selama-lamanya.

Begitulah yang dirasai oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Noor Atiqah menerusi posting di Facebooknya. Wanita tersebut menceritakan kisah pemergian anak perempuannya, Nur Imani Malaiqa.

Mengalami masalah jantung sejak dari usia kandungnya 34 minggu

Menurut Noor Atiqah, anaknya telah dikesan mengalami masalah jantung sejak dari usia kandungnya 34 minggu lagi.

Namun, dengan kuasa Allah adik Malaiqa mampu bertahan selama 3 tahun 5 bulan dan merasai kasih sayang keluarganya. Malah, semasa dia mengandungkan adik Maliqa, doktor pernah memaklumkan anaknya itu mungkin tidak akan dapat diselamatkan kerana masalah jantung yang dihidapi.

Ibarat pepatah “hari yang disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan tengah hari,” begitulah yang terjadi apabila doktor memberitahu kesihatan adik Maliqa merosot dan mungkin tidak dapat bertahan lagi.

 “Teringat last checkup malaiqa baru-baru ni dekat IJN, doktor bagi tahu jantung dia dah banyak sangat bocor, doktor cakap kalau macam ni memang tak boleh lama dah. Hati pun dah bengkak sangat. Buat operate pun tak ada guna sebab jantung dah lemah. Setiap malam mmg Eqa bangun pukul 3 pagi-subuh sebab time-time tu selalu Malaiqa kena serangan jantung,” luah Noor Atikah di salah satu posting Facebooknya.

Foto: FB
Foto: FB

Tidak sempat sambut puasa dan raya bersama

Akhirnya pada 7 April, adik Imani Malaiqa telah pergi meninggalkan semua. Lebih memilukan, Noor Atiqah memaklumkan arwah anaknya itu juga tidak sempat memakai baju baru dan menjamah makanan. Bukan itu sahaja, Malaiqa juga tidak sempat  berjumpa dengan adik perempuannya yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Baju-baju mami baru beli adik tak sempat pakai, makanan adik nak makan malam ni pun tak sempat makan, adik tak sempat tengok baby girl, tak sempat nak sambut puasa dan raya bersama. Malam ni last mami tidur dengan adik. Esok pagi-pagi adik dah keluar rumah terus tak balik-balik dah main dekat Syurga.”

Di perkongsian terbaharunya, Noor Atiqah mengakui bahawa dia betul-betul tidak kuat  dengan dugaan tersebut tetapi dia redha dengan pemergian anaknya itu dan berharap arwah tenang di sana.

Foto: FB

Semoga Noor Atiqah dan seluruh keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Al fatihah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.