Atasi 50,000 Pemohon Lainnya, 2 Pelajar Malaysia Terpilih Masuk Ke Harvard!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika tahun lalu dua pelajar Malaysia mencuri tumpuan apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Kolej Harvard, sekolah sarjana bagi Harvard University, tahun ini dua lagi pelajar dari Malaysia turut membanggakan negara apabila terpilih untuk ke kolej berprestij tersebut.
Jarell Cheong Tze Wen, dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi, dari Kuantan, Pahang difahamkan akan ke kelas sarjana pada tahun 2025 dipetik dari kenyataan The Harvard Club of Malaysia yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Nadiah Wan.
Menerusi perkongsikan tersebut pemilihan kedua-dua pelajar berkenaan jelas membuktikan kecemerlangan sistem pendidikan kebangsaan dimana kedua mereka merupakan produk sekolah kebangsaan.
Jarell difahamkan menamatkan SPM di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur sebelum menduduki A-Level di Sunway College, Petaling Jaya manakala Hamdi pula adalah lepas SPM dari SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum ditawarkan Biasiswa Kijang oleh BNM untuk menduduki A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar.
This year Harvard College had the lowest admission rate in its 385-yr history (3.43%). Super proud that these 2 Msians beat the odds. It’s a testament to our public schools & commitment to education, but it also shows how 2 wildly different, talented kids can excel. Congrats! pic.twitter.com/W26SmCzStP
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) April 13, 2021
Lebih mencuri tumpuan apabila laporan tersebut menjelaskan kadar kemasukan ke Kolej Harvard pada tahun ini untuk class tahun 2025 adalah terendah sepanjang 385 tahun mereka iaitu 3.43%.
Dari 57,435 permohonan yang diterima hanya 1,968 yang terpilih dan dua dari mereka adalah pelajar kita!
Tahniah Jarell dan Hamdi!