fbpx
Now Reading
Mikrofon Imam Tak Berbunyi, Bilal Jadi ‘Hero’ Masa Solat Tarawih

Mikrofon Imam Tak Berbunyi, Bilal Jadi ‘Hero’ Masa Solat Tarawih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Masalah teknikal memang tidak dapat dijangka kerana kita tidak tahu masalah tersebut boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja tanpa pengetahuan kita.

Apabila lagi jika ia terjadi ketika acara sedang live seperti suara mikrofon tidak berfungsi atau tidak keluar. Sudah tentu sesiapa pun yang hadapinya akan panik dan cemas.

Begitulah yang terjadi di dalam video yang viral di laman sosial Instagram baru-baru ini apabila mikrofon imam tidak didengari dan insiden berlaku ketika imam telah memulakan solat.

Foto: IG

Pengalaman ngeri sepanjang jadi imam

Menerusi perkongsian video oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz bercerita mengenai kejadian apabila mikrofon yang ada pada bajunya tiba-tiba tidak berfungsi ketika menunaikan solat tarawih baru-baru ini.

Menurut jejaka yang berusia 23 tahun itu, dia menyifatkan situasi tersebut sebagai pengalaman ngeri yang berlaku pada tahun ini sepanjang dia menjadi imam.

Pengalaman ngeri itu berlaku tahun ini rasanya, imam je yang faham perasaan mic tak berbunyi, dalam hati macam-macam dah fikir ‘macam mana jemaah belakang nak dengar suara aku? pakai suara hati?’

Bilal jadi penyelamat

Namun, apa yang menarik di dalam video tersebut ialah seorang pakcik di belakang Furqan menjadi penyelamat keadaan apabila dia menghampiri Furqan dan tolong menekan butang mikrofon supaya ia berfungsi semula.

Difahamkan, pakcik berkenaan yang juga merupakan seorang bilal itu pada awalnya terpinga-pinga apabila suara imam tidak didengari dengan kuat.

Lantas, dia mendekati imam dan menekan butang mikrofon yang berada di dalam poket jubah Furqan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum  dengan sifat bilal yang peka dengan keadaan sekeliling dan pantas menekan butang mikrofon tersebut.

Terbaiklah bilal itu- Netizen

Foto: IG

Foto: IG

Foto: IG

Foto: IG

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.