fbpx
Now Reading
Ramai Tertanya Kenapa Kru KRI Nanggala Tak Keluar Berenang Ke Permukaan, Ini Penjelasannya

Ramai Tertanya Kenapa Kru KRI Nanggala Tak Keluar Berenang Ke Permukaan, Ini Penjelasannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/RazakTerritory/status/1386172403617734664

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tragedi tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala 402 milik Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) benar-benar mengejutkan masyarakat dunia khususnya rakyat Indonesia.

Lebih menyedihkan apabila semalam, Panglima TNI, Hadi Tjahjanto mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 sudah terkorban menamatkan harapan keluarga dan rakyat mereka akan ada dikalangan kru yang terselamat.

Ianya diputuskan hasil penelitian dasar laut yang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menemui beberapa bahagian kapal selam tersebut yang akhirnya dilaporkan ditemui sudah patah tiga.

Disebalik perkhabaran sedih tersebut, timbul pertanyaan di kalangan orang ramai kenapa anak-anak kapal yang berpengalaman tidak keluar sahaja dari kapal selam tersebut untuk menyelamatkan diri. Apatah lagi kapal mereka juga dilengkapi alatan penting antaranya sut keselamatan.

Namun ia tidak semudah yang kita sangkakan, bagi memberikan anda pemahaman yang lebih mendalam tentang keadaan sebenar ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter, Abdul Razak yang berkongsi secara saintifik kenapa mereka tidak boleh keluar dari kapal tersebut.

Menggunakan formula fizik, dengan kedalaman 850 meter didalam air, anggaran kasar berat kapal selam tersebut adalah sebanyak 800 tan. Jelas beliau itulah berat yang akan ditanggung anak-anak kapal tersebut jika mereka membuat keputusan untuk keluar dari kapal.

Tambah beliau, sebuah lori seberat 3 tan sudah cukup untuk memecahkan isi perut kita bagaimanapula dengan kapal tersebut yang seberat 800. Justeru cara paling selamat untuk mereka ialah mengapungkan semula kapal selam berkenaan.

Tambahnya jumlah tersebut tidak termasuk dengan kiraan tekanan atmosfera. Ia pastinya akan melebih 800 tan jika kita turut memasukkan kiraan tekanan berkenaan.

Kenapa tak keluar lebih awal sewaktu melepasi paras 300 m?

Dalam masa sama ada juga yang bertanyakan, kenapa mereka tidak cuba untuk keluar sewaktu kapal berkenaan sudah tenggelam melebih 300m.

Jelas beliau tiada manusia normal yang mampu menyelam melebihi 100 m.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar roh-roh perajurit mereka ditempatkan bersama golongan yang beriman.. Takziah buat keluarga dan seluruh rakyat Indonesia di atas pemergian wira wira negara mereka..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.