“Sebenarnya Bohong.” – Ibu Pandang Pelik, Anak Lelaki ‘Tipu’ Rutin Harian Di Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, trend video berkongsi rutin harian telah mendapat perhatian netizen. Selalunya ia merupakan ‘assignment’ yang perlu dibuat berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan bersama ahli keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Rata-rata yang mengikuti trend sama akan menipu dalam video tersebut untuk prank ahli keluarga sendiri.

Buat ‘assignment’ rutin harian di rumah

Seorang lelaki telah mengikuti trend ini dan mendapat perhatian atas keletahnya ‘menipu’ mengenai rutin hariannya di rumah kepada orang ramai.

Menerusi video itu, lelaki yang lebih dikenali sebagai Erry sedang merakam sebuah video assignment bersama ibunya.

Dia telah menceritakan mengenai rutin yang dilakukan di rumah. Namun situasi itu telah mengundang dekah dua-dua beranak kerana semua kenyataan yang diberikan adalah penipuan semata-mata.

Ibunya pula dilihat kerap memberi pandangan tidak puas hati dan pelik dengan kepura-puraan anak lelakinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan penipuan lelaki itu dan reaksi kelakar yang diberikan ibunya. Ada juga yang meluahkan rasa rindu untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.

“Muka mak dia tiap kali dia menipu.” – Netizen

Seronok ada ibu kelakar macam ni

Rindu dengan parents

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.