fbpx
Now Reading
Wanita Lari Dari Rumah, 10 Tahun Sembunyi Dalam Bilik Kekasih Takut Hubungan Tak Direstui

Wanita Lari Dari Rumah, 10 Tahun Sembunyi Dalam Bilik Kekasih Takut Hubungan Tak Direstui

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya disebabkan cinta, kadang kala seseorang itu sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka kekal bersama. Sudah semestinya effort itu memang penting, tapi kalau keterlaluan pun tak boleh juga kan?

Situasi ini dapat dikaitkan dengan sebuah ‘kisah’ percintaan pasangan dari India ini yang tinggal bersama. Tetapi yang mengejutkan, sebenarnya wanita itu telah melarikan diri daripada keluarga sendiri selama 10 tahun.

Foto: The New Indian Express

Kejadian yang terjadi di Kerala, India ini bermula pada Februari 2010 apabila wanita itu yang dikenali sebagai Sajitha telah dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari rumah keluarganya di Kampung Ayilur, Daerah Palakkad, seperti dipetik India Times.

Difahamkan ia berlaku sewaktu Sajitha berusia 18 tahun.

Setelah sekian lama pencarian dibuat, ahli keluarganya dan penduduk kampung menerima kenyataan berkemungkinan dia telah meninggal dunia.

Foto: India Times

Namun menggemparkan apabila baru-baru ini terungkai status wanita itu yang sebenarnya masih hidup dan telah tinggal bersama kekasihnya, Rahman selama 10 tahun lamanya.

Paling pelik, keluarga kekasihnya juga tak pernah tahu mengenai kewujudan wanita tersebut di rumah kerana dia tak pernah keluar daripada bilik yang boleh dikunci secara automatik itu.

Foto: India Times

Tetapi sejak tiga bulan yang lepas, pasangan itu melarikan diri dari rumah dan gagal dikesan.

Walaubagaimanapun, Basheer, iaitu abang kepada lelaki itu terjumpa dia sedang mengayuh basikal di sebuah bandar berhampiran.

Foto: India Times

Rahman cuba untuk melarikan diri walaupun telah ditahan dengan trak dipandu abangnya. Dia yang kemudian ditahan oleh pihak polis mengaku dia kini tinggal bersama teman wanitanya di kampung berhampiran.

Sewaktu dibicarakan di mahkamah, mereka mengaku mahu tinggal bersama dan semua hal yang pernah terjadi adalah kerana takut hubungan mereka tidak dipersetujui keluarga.

Foto Kredit: Onmanorama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.