Baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menerusi satu perutusan khas telah mengumumkan beberapa Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) iaitu program bantuan khas yang bernilai RM150 Bilion untuk rakyat Malaysia yang terkesan.
Antara inisiatif yang menarik perhatian orang ramai pastinya kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP yang boleh dilakukan mana-mana pencarum KWSP tertakluk kepada baki akaun 1.
Jadi di bawah kami kongsikan segala info penting seperti syarat dan cara memohon buat anda yang merancang untuk membuat pengeluaran i-Citra.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Kerajaan menjangkakan 12.6 juta ahli KWSP akan dapat menikmati pengeluaran ini.
Ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.
Secara terperinci nya :
Permohonan akan dibuka bermula 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Untuk memohon, ahli KWSP hanya perlu melakukan permohonan menerusi portal dalam talian i-Citra iaitu icitra.kwsp.gov.my . Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Menurut KWSP, semua ahli dibenarkan membuat permohonan dengan syarat mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Untuk menyemak jumlah simpanan KWSP, ahli boleh melakukannya menerusi
Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra , atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…