Shahrul Ezad Selar Pelakon Wanita ‘Buka Pekung’ Rakan Artis Dan Krew Produksi

Baru-baru ini, seorang pelakon wanita dipercayai telah memuat naik beberapa posting di akaun TikTok milknya dengan berkongsi pengalaman cerita kurang ‘elok’ semasa terlibat di set penggambaran drama.

Malah, dia turut mendakwa terdapat segelintir pelakon melakukan perkara aneh semasa di set pengambaran.

Tampil beri pendapat

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai termasuklah pengarah drama terkenal iaitu Shahrul Ezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat yang turut memberi respon terhadap tindakan pelakon wanita itu.

Foto: Twitter Shahrul Ezad

Menerusi posting yang dimuat naik oleh pengarah drama Nur tersebut, dia meluahkan rasa kesal dan kecewa kerana pelakon itu kelihatan seperti mahu mengaibkan produksi dan pelakon-pelakon lain.

Habis segala cerita buruk ‘rumahtangga’ kami didedahkan pada umum dan ada yang dah jadi viral. Abam cakap jadi viral sebab ramai dah yang send abam video TikTok beliau ‘mengumpat’ perangai artis dan pengarah tertentu secara terbuka.”

Foto sekadar hiasan
Kredit: namafilm

Menurutnya, pelakon wanita itu tidak seharusnya menjaja cerita kepada orang ramai kerana perbuatan itu hanya memburukkan imej pelakon lain dan dirinya sendiri.

Abam tak cakap dunia hiburan drama atau filem ni sempurna. ‘Rumahtangga’ kita ni tak lepas dari cacat cela tapi kalau boleh sorok-sorokkanlah aib tu pada public. Jangan dijaja sangat. Aib tu. Abam tak faham apa motif awak cerita pekung semua kawan-kawan artis awak mahupun director awak pada public. Untuk apa? Tapi apa yang abam faham awak buat kami sebagai penggiat akan menjauhkan diri kami dari awak disebabkan mulut awak yang terlalu lancang itu. Penonton atau netizen tak perlu tahu sebenarnya.

Berhenti buka aib

Tambahnya, dia turut menasihati agar pelakon wanita tersebut menghentikan tindakan yang ibarat membuka pekung sendiri semata meraih views dan likes yang banyak di laman sosial.

Awak bukan tak tahu pandangan orang luar pada dunia artis ni macam mana. Ni awak sendiri sebagai artis membuka pekung lagi aib sendiri nak buat apa dik. Lagilah orang pandang ‘hina’ pada kita. Kalau kemaruk nak create content sekali pun carilah benda-benda yang mendatangkan faedah pada semua bukannya dengan cara mendedahkan aib yang kalau boleh kita semua nak tutup.

Malah, pengarah drama Takdir Yang Tertulis ini juga mengakui dia takut untuk bekerjasama dengan pelakon tersebut dalam produksinya oleh kerana bimbang perkara yang sama akan terjadi.

Terus terang cakap abam takut nak propose nama awak kat station kalau awak terus kekal dengan cara begini. Bahaya dik. Esok lusa kalau awak masuk set abam entah apa aib kami awak jaja nanti.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago