fbpx
Now Reading
“Kreatif Betul!” – Jual Kata-Kata Semangat Di Shopee Sampai ‘Sold Out’, Seller Ini Raih Perhatian Ramai

“Kreatif Betul!” – Jual Kata-Kata Semangat Di Shopee Sampai ‘Sold Out’, Seller Ini Raih Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di musim pandemik ini, pasti ramai yang terkesan dari segi emosi, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Malah perasaan burnout itu juga boleh berlaku kepada sesetengah individu yang berdepan dengan pelbagai cabaran hidup.

Nak mengharapkan kata-kata semangat daripada kawan rapat atau orang tersayang, mungkin mereka pun ada komitmen sendiri kan?

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook yang lebih dikenali sebagai Effiza Abdul Rahim, dia telah menggunakan servis kata-kata semangat di sebuah aplikasi membeli belah atas talian.

Ujarnya di posting yang dimuat naik, pada awalnya dia cuma menganggap servis tersebut adalah sekadar untuk bermain-main. Tetapi tanpa disangka, sebenarnya ia memang betul-betul ditawarkan hanya dengan serendah 20 sen untuk satu kata-kata semangat.

“Alhamdulillah. Saya perlukan kata-kata semangat sebelum tidur. Semua boleh dibeli gaiss

“Jangan down sebab tak dapat kata kata semangat. Benda boleh beli kan. Buat apa tunggu orang bagi kata semangat.

“Ingatkan scammer tadi, rupanya betul-betul dapat kata-kata semangat.”

Foto: FB Effiza Abdul Rahim

Menerusi halaman produk tersebut di aplikasi Shopee, penjual telah meletakkan syarat dimana seorang pelanggan hanya dibenarkan untuk membuat satu pembelian.

Malah penjual turut menasihatkan pelanggan untuk tidak membuat sebarang pembelian sekiranya mereka telah cukup gembira.

Jangan beli banyak-banyak. Beli satu dah cukup. Kalau beli lebih dari satu, saya akan TETAP kasi satu je. Duit lebih awak tu, saya masuk tabung bantuan ok!! Jerit kuat-kuat ‘semangat!!!!!!’ Ini service ucapan yang buat anda happy sepanjang hari. Jangan beli kalau anda dah terlalu happy.

Berkemungkinan ramai rakyat Malaysia yang sentiasa menginginkan kata-kata semangat, kedai tersebut berjaya mengutip jumlah kutipan sebanyak 155 jualan dan kini telah sold out.

Foto: Shopee alk_network

Berpuas hati dengan servis yang diberikan, rata-rata pelanggannya meninggalkan review mengenai kepantasan seller tersebut memberi kata-kata semangat sebaik sahaja pembayaran dibuat.

Ada juga yang ingin memberi support kepada peniaga menerusi perkhidmatan yang ditawarkan.

Beli lima keping kata-kata semangat untuk support

Seller buat kerja pantas” – Netizen

Macam tahu-tahu je isi hati

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.