fbpx
Now Reading
Rancang Masa Depan Anda Dengan Taylor’s Future Movement 2021

Rancang Masa Depan Anda Dengan Taylor’s Future Movement 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu telah mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia.

Belum pernah dalam sejarah pendidikan di Malaysia, sesi persekolahan baik dari sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke kuliah pengajian tinggi ditangguhkan dalam tempoh agak lama dan digantikan dengan  sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Malah situasi yang melanda seluruh dunia ini pasti akan mengubah corak pekerjaan pada masa hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Forum Ekonomi Dunia (WEF), Zaadia Zahidi, pandemik COVID-19 mempercepat kedatangan pekerjaan masa hadapan. Kajian yang dilakukan menunjukkan 84 peratus majikan sudah mula mempercepatkan proses pendigitalan pada proses kerja secara signifikan, manakala 50 peratus lagi mempercepatkan proses automasi.

Selain itu rutin kerja yang mula menerapkan pekerjaan secara kawalan jauh seperti Bekerja Dari Rumah (WFH) sudah menjadi kebiasaan pada kadar 84 peratus.

Jadi apakah persediaan anda untuk hari yang mendatang?

Berita baik buat anda, Universiti Taylor’s tahun ini mencipta kelainan dengan menganjurkan acara tahunan mereka, Taylor’s Future Movement  2021 (TFM) secara maya.

Apa itu TFM?

Memasuki edisi ke-empat, TFM yang kebiasaannya dianjurkan bersama Hari Terbuka Taylor’s, merupakan satu platform dimana golongan belia dan golongan profesional dapat bersua muka dan bertukar pendapat.

Berlangsung selama 8 minggu, program ini akan menawarkan  pengalaman berbeza  di mana peserta bukan sahaja  dapat mengasah kemahiran dan bakat mereka malahan berpeluang mendengar kisah inspirasi dari personaliti-personaliti hebat.

Dengan tema ‘Promises of The Future’,  TFM yang berlangsung sehingga 15 Ogos ini  akan menawarkan pelbagai program interaktif dan bermanfaat berpandukan tiga asas utama : Discover, Direction dan Community.

Apa yang ditawarkan kepada peserta?

Sebagai peserta, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan antaranya dengan :

1 .Menyertai bengkel Taylor’s MicroCreds Taster dan teroka topik-topik menarik merangkumi pelbagai bidang seperti ‘Big Data Technologies’, Menu Design & Development dan banyak lagi.
2 . Mendengar perkongsian dan kisah inspirasi dari usahawan-usahawan tempatan menerusi sesi Ask Me Anything
3. Menyertai persidangan dan mendapat inspirasi dari pengucaptama yang hebat antaranya penyanyi antarabangsa, Yuna pada 24 julai 2021 lagenda Skuasy negara, Datuk Nicol David pada 7 Ogos 2021 dan aktivis Datin Paduka Marina Mahathir pada 8 Ogos 2021.
4. Merancang dan meneroka kareer masa hadapan anda dengan bimbingan kaunselor pendidikan Taylor’s yang berkaliber dan berpengalaman.
5. Mengikuti aktiviti Do- It Yourself @ home dan mempelajari bagaimana matematik dan sains asas mampu menghasilkan projek menarik seperti speaker Bluetooth dan juga kereta kawalan (RC)
6.  Menjadi sebahagian dari komuniti Taylor’s dan bersama Taylorians menerusi Instagram Live.

Bunyi macam menyeronokkan bukan? Namun apa yang paling menarik, kesemua ini adalah percuma! Anda hanya perlu menyediakan no telefon dan email anda sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Taylor’s Future Movement, sila layari https://uni.taylors.edu.my/taylorsphere/taylors-future-movement

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.