fbpx

Nak Beli Produk Unik & Murah Dari Luar Negara Yang ‘Top Notch’? Jom Serbu Lazada 618 Global Shopping Day Pada 18 Jun Ini!

Pelanggan boleh nikmati diskaun penghantaran percuma, hadiah ‘livestream giveaway’, dan ratusan tawaran istimewa sempena Lazada 618 Global Shopping Day.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja Jualan Murah, rakyat Malaysia automatik akan rasa tak keruan. Betul tak? Mana tidaknya, niat di hati nak beli satu barang sahaja. Bila tengok sahaja perkataan ‘Sale’, ‘diskaun hebat’, ‘baucar’ dan yang sewaktu dengannya, tiba-tiba banyak pula barang dimasukkan dalam ‘cart’.

Alamak! Rabak nanti bila nak membayar.

Tapi jangan risau, korang boleh ‘shopping’ sakan kat Lazada sempena jualan hebat Lazada 618 Global Shopping Day pada hari Ahad 18 Jun ni, tapi ingat tawaran ni hanya berlangsung selama 24 JAM je ok! 

618 Global Shopping Day Tu Apa? Ramai Yang Tak Tahu Tentang Sale Hebat Ni

618 Global Shopping Day telah diilhamkan di China, yang mana festival membeli-belah tersebut disambut pada 18 Jun dan ia merupakan online shopping festival kedua terbesar di China selepas 11.11 dan Black Friday.

Tahun ini, LazGlobal tampil membawakan festival tersebut khas untuk Malaysia dengan tawaran hebat, diskaun terendah dan ‘luar biasa’, dengan seleksi produk unik pada harga berpatutan dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Korea, Jepun, Indonesia dan Thailand. Paling menarik, keseluruhan rangkaian produk berkualiti dan hebat daripada jenama terkenal dari negara-negara tersebut akan ditawarkan pada harga diskaun!

Tapi kenapa 18 Jun (618)?

Ha! Di negara empat musim, bulan Jun menandakan bermulanya keriangan musim panas (summer). Banyak kedai atau penjual di negara pasaran kompetitif seperti China akan mengadakan jualan musim panas selaras dengan berakhirnya musim bunga (spring). Pada 18 Jun 2010, salah satu syarikat peruncitan dan platform membeli-belah dalam talian terkemuka di China telah melancarkan Festival Membeli-Belah 618 untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Keriangan kempen membeli-belah 618 tersebut semakin tersebar dan tidak lama kemudian, Alibaba, Tmall oleh Taobao dan banyak peruncit lain turut melancarkan kempen mereka tersendiri pada tarikh ini. Itulah sebabnya 18 Jun menjadi salah satu Festival Membeli-belah Terbesar setiap tahun.

Peruncit dalam kategori produk seperti fesyen, kosmetik, kecantikan dan penjagaan kulit, floral, coklat dan makanan, agensi pelancongan, barang kemas, dan banyak lagi, bijak memaksimumkan peluang fenomena dalam talian ini untuk menawarkan pelbagai promosi kepada para pelanggan bukan sahaja di China, malah di pelbagai rantau Asia.

Jualan Harga Murah Selama 24 Jam Sempena 618 Global Shopping Day!

Untuk ‘kaki shopping’ korang mesti akan happy dan excited dengan tawaran serta diskaun hebat yang ditawarkan sepanjang jualan Lazada 618 Global Shopping Day ini. 

Klik, klik, klik, add to cart, bayar, dan settle!

Barangan seberat dan sebesar mana pun akan dihantar terus ke pintu rumah. Mudah betul teknologi sekarang ini kan. Dan kalau korang beli banyak, boleh ‘save’ banyak juga. Barulah untung dan berbaloi dengan apa yang dibelanjakan!  

Apa penjimatan hebat yang korang akan dapat ketika jualan hebat Lazada 618 ini?

  1. Penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM8.
  2. Diskaun baucar LazGlobal 10%.
  3. Baucar penjual (Seller) sebanyak RM8 – RM80.
  4. Baucar e-dompet eksklusif kalau korang guna eWallet Touch n’ Go untuk membayar dan dapatkan diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM10.
  5. Potongan RM10 dengan pembelian RM100 ke atas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak
  6. Potongan RM15 untuk penghantaran dengan pembelian RM80 dan ke atas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak
  7. Potongan RM10 untuk pengguna baharu di Sabah dan Sarawak

Produk Unik, Lain Dari Yang Lain dan ‘Authentic’

Kalau korang nak cari produk dari luar negara yang unik dan tak ada di pasaran tempatan di kedai-kedai kat Malaysia, ini adalah peluang untuk beli-belah di LazGlobal dan Taobao khas di platform Lazada semasa 618.

Di samping itu, pastikan korang bersedia untuk mengetahui apa ALL-DAY LONG Surprise Boxes yang ditawarkan dengan harga RM9 hingga RM179 dan Brand Mega Offers daripada jenama luar negara yang terkenal seperti koleksi Skechers Global, Grafen, Merythod, Laifen Rasmi, Tjean Official, Life Space dan banyak lagi.

Sebagai pengguna Lazada, klik pada tab ‘Taobao Collection’ pada aplikasi tersebut untuk memudahkan korang memilih barangan yang diminati. Jadi, tak perlu susah-susah untuk ke laman Taobao, sebab Taobao di Lazada boleh dilayari dalam BM dan Bahasa Inggeris.

Malahan, ada kelebihan membeli-belah di bawah ‘Taobao Collection’ seperti:

  • Baucar Penghantaran Percuma
  • Diskaun 10% untuk produk terpilih dengan pembelian minimum bermula dari RM19 sahaja

Menarik, kan?!

Untuk korang yang dah tahu ataupun baru nak berjinak-jinak dengan Lazada 618 Global Shopping Day ini, jom rebut tawaran ekslusif ini. 

‘Crazy Livestream Giveaway’: Diskaun Baucar Sebanyak RM180!

Keriangan membeli-belah tidak terhenti setakat itu sahaja, LazGlobal akan buat korang lagi tak senang duduk dengan adanya dua (2) sesi ‘Crazy Livestream Giveaways’ pada 18 Jun 2023 ini bermula dari jam 12:30pm sehingga 2pm dan 3pm serta 5pm.

Apa yang korang akan dapat ketika livestream ini berlangsung?

Korang akan dapat menikmati harga istimewa termasuklah baucar ‘giveaway’ diskaun sebanyak RM180 untuk produk Skechers Global tanpa perbelanjaan minimum. Bukan itu sahaja, terdapat juga hadiah menarik lain untuk dimenangi yang berjumlah sehingga RM200.

So, jangan lupa set kalendar dan jam korang untuk join livestream ini tau!

📣 INFO PENTING UNTUK PELANGGAN LAZADA! 📣

Mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa SETIAP BULAN PADA TARIKH 18 hari bulan akan ada sesuatu yang ‘special’ untuk pelanggan di LazGlobal dan Taobao x Lazada. Apa yang korang perlu buat hanyalah ‘check’ sendiri menerusi kedua-dua platform ini dan tengok apa benda ‘special’ itu.

Mana tahu ‘durian runtuh’ ke untuk korang. Ha, tak ke berbaloi tu!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lazada 618 Global Shopping Day, KLIK SINI

#Lazada618GlobalShoppingDay #Lazada #LazGlobal #TaobaoCollection #TaobaoLazada #TMall

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.