Shopping Dengan Konsep ‘Girl Math’ Di Bake With Yen Paling Berbaloi! [Video]
Gaya pemikiran cara ‘Girl Math’ akan membuatkan anda rasa berbaloi untuk berbelanja di Bake With Yen.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali nak beli apa-apa barang, mesti korang akan membuat pengiraan bajet terlebih dahulu. Kalau boleh dapat barang yang lebih banyak dengan kos yang rendah, siapa je tak nak, betul tak?
Sesetengah orang akan menggunakan kod diskaun atau baucar untuk membeli barangan dengan kos yang murah dan menjimatkan. Tapi, ada juga golongan hawa yang mengamalkan prinsip ‘Girl Math’.
Mesti ramai tertanya-tanya, konsep ‘Girl Math’ ini macam mana sebenarnya?
Secara amnya, golongan ‘Girl Math’ yang merasionalkan perkara ini akan menganggap sebarang pembelian yang menggunakan wang tunai adalah percuma kerana tidak menolak baki wang di dalam akaun bank, lapor Forbes.
Kalau korang selalu skrol TikTok, mesti korang akan perasan dengan fenomena trend ‘Girl Math’ yang mula popular dan diaplikasikan oleh sesetengah wanita bagi mewajarkan pembelian mereka agar tampak lebih positif dan menguntungkan tanpa mengira harga jualan.
Senang kata, pemikiran luar kotak yang diwujudkan oleh kaum hawa ini akan membuatkan mereka berasa setiap keputusan dalam melakukan pembelian adalah perkara yang tepat dan menjimatkan kerana tak perlu berbelanja dengan harga mahal.
So dengan cara ni, barulah para wanita akan rasa lebih yakin untuk shopping dan meyakinkan para pasangan kenapa mereka membeli sesuatu barangan walaupun harganya agak mahal.
Sebagai contoh, korang nak beli beg berjenama dengan harga RM3,000. Kalau ikut cara ‘Girl Math’, beg yang dibeli dengan harga RM3,000 itu sebenarnya berbaloi jika digunakan setiap hari selama lima tahun. Kiranya kita hanya mengeluarkan kos RM1.60 je sehari ketika menggunakan beg tersebut.
Bak kata wanita ‘Girl Math’, mereka akan anggap memang ia sangat berbaloi. Iya lah, sehari bayar RM1.60 je.
Lelaki Pun Ada ‘Math’ Tersendiri
Golongan lelaki mungkin akan berkerut dahi bila dengar pasal ‘Girl Math’ ni dan mengambil kesempatan untuk melabelkan perempuan dengan sifat ‘complicated’.
Sabar dulu… sebenarnya lelaki pun lebih kurang sama je sebab mereka pun ada perspektif yang dipanggil sebagai ‘Boy Math’. Mungkin korang jarang dengar tapi ada ya golongan sebegini.
Sekiranya korang pernah terjumpa lelaki ‘mengutuk’ wanita yang suka mengikis kekayaan seseorang padahal mereka juga tidak mempunyai harta yang banyak untuk dibelanjakan kepada gadis tersebut, haa itulah sebenarnya contoh ‘Boy Math’.
‘’Member Syiok Savings’ Sesuai Untuk Korang Yang Ikut Trend ‘Girl Math’
Berbalik pada topik kita tadi, kalau korang nak tahu contoh ‘Girl Math’ ini, boleh tengok video di bawah di mana seorang wanita menggunakan konsep ini untuk mendapatkan penjimatan diskaun di pembekal barangan bakeri, Bake With Yen (BWY) dalam mendapatkan bahan-bahan untuk membuat kek.
Nak jimat punya pasal, wanita berkenaan sanggup ya bangun awal pagi pada hari Khamis yang merupakan harga promosi mingguan sehingga hari Ahad semata-mata untuk mendapatkan harga promosi yang lebih rendah berbanding kebiasaan.
Mengikut kos asal, harga barangan yang perlu dibeli adalah bernilai RM150 yang hampir menyamai harga sebiji kek – boleh terus ngap!
Namun, konsep ‘Girl Math’ yang diamalkan boleh diaplikasikan dengan adanya promosi ‘Member Syiok Savings’ di mana barangan terpilih di Bake With Yen akan ditawarkan dengan harga rendah dan menjadikan kos barangan untuk membeli bahan kek dari RM150 kepada RM45 je.
Sekarang barulah jimat! Siap dapat tiga biji kek lagi berbanding hanya satu kek jika dibeli di kedai.
Yang lagi best, dengan lebihan wang tadi, si teman lelaki pula yang melompat gembira sebab ia boleh digunakan untuk membeli alat permainan PS5 yang diidamkan.
Penjimatan dengan konsep ‘Girl Math’ ini memang cukup berbaloi dan boleh menggembirakan kedua-dua belah pihak. Barulah ‘syiok’!
Ini Cara-cara Untuk Korang Dapatkan Promosi ‘Member Syiok Savings’
Kepada korang yang nak melakukan penjimatan sama dengan ‘Member Syiok Savings’ di Bake With Yen, senang je!
Hanya perlu daftar sebagai ahli Bake With Yen dengan mengimbas kod QR di bawah dan mengisi nombor telefon serta klik pada butang ‘log masuk’ atau daftar.
Selepas mengisi maklumat yang diperlukan, jangan lupa untuk masukkan kod pengesahan yang dihantar ke e-mel.
Kemudian, siap! Anda kini sudah sah menjadi ahli Bake With Yen dan boleh membeli barangan dengan harga lebih murah dan jimat dengan adanya ‘Member Syiok Savings’.