PRN: Ini Senarai Promosi Yang Boleh Anda Tuntut Sebaik Selesai Mengundi
Sempena dengan PRN yang bakal berlangsung, antara promosi yang boleh anda nikmati adalah Tealive dengan pembelian RM6 untuk satu minuman yang terpilih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
12 Ogos merupakan tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh enam negeri di mana mereka semua akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Malah kita juga dapat melihat setiap parti ketika ini sedang sibuk berkempen agar rakyat dapat memilih siapakah calon yang layak untuk menjadi wakil di kawasan tersebut.
Namun dalam kemeriahan kita meraikan PRN ini, sebenarnya terdapat promosi menarik yang ditawarkan oleh beberapa perniagaan di luar sana untuk menghargai usaha anda dalam menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.
Maka tanpa berlengah lagi jom kami senaraikan kepada anda.
#1 Tealive
Sempena dengan PRN yang berlangsung esok semua rakyat dapat menikmati promosi harga RM6 bagi setiap satu air.
Promosi ini boleh digunakan dengan cara pembelian secara online menerusi aplikasi Tealive dengan memasukkan kod ‘PRN6’ untuk penghantaran atau ambil sendiri atau anda juga boleh membuat pembelian secara terus di mana-mana francais Tealive seluruh Malaysia.
Promosi ini berlangsung dari 24 Julai sehingga 13 Ogos dan harga promosi hanya sah kepada beberapa jenis minuman sahaja iaitu:
- Bang Bang Milk Tea
- Signature Coco
- Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
- Signature Coffee
- Sparkling Mango / Passion Fruit Tea with 3 Q Jelly
- Hazelnut Milk Tea
#2 Dominos
Adakah anda peminat piza? Jangan lepaskan peluang untuk membuat pembelian piza Dominos bersaiz besar pada harga RM1 dengan pembelian satu piza saiz regular pada harga ‘ala carte’.
Wah ini memang betul-betul jimat, dengan RM1 dah boleh dapat piza size besar. Walau bagaimanapun, promosi ini hanya boleh digunakan dengan pembelian di kedai sahaja selain mengikut terma dan syarat.
#3 Pop Meals
Usah sia-siakan jari anda yang telah dicelup dengan dakwat biru. Gunakan ia pada promosi yang ditawarkan oleh Pop Meals.
Setiap pengundi yang memiliki dakwat biru boleh mendapatkan satu hidangan percuma untuk setiap pembelian makanan.
Antara hidangan percuma yang ditawarkan adalah:
- Nasi Lemak Ayam Crispy
- Pesto Pasta
- Ayam Kunyit Kari Banjir
- Ayam Kunyit Masak Hitam
- Ayam Kunyit Asam Pedas
Promosi ini berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos serta khas buat pelanggan yang makan di kedai atau bungkus, jangan lupa tunjuk jari biru anda.
#4 Boat Noodle
Adakah anda peminat Boat Noodle? Bersempena dengan hari mengundi anda berpeluang untuk mendapatkan satu mangkuk percuma di outlet berdekatan pada 12 Ogos ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menunjukkan jari berdakwat biru anda dan promosi ini sah di semua francais Boat Noodle seluruh Malaysia.
#5 Tea Amo
Dapatkan promosi Tea Amo iaitu dengan pembelian 2 cawan sederhana dengan harga RM9.90 sahaja.
Caranya adalah tunjukkan jari mengundi anda pada 12 Ogos ini di mana-mana outlet dan anda berpeluang mendapatkan dua cawan saiz sederahana dalam pilihan series yang ditawarkan.
#6 Bubblebee
Sempena dengan hari mengundi Bubblebee turut menawarkan promosi hebat kepada anda iaitu sebanyak 20% diskaun untuk item kedua.
Untuk mendapatkan diskaun ini anda boleh membuat pembelian Cocobee Series untuk mana-mana menu ‘ala carte’.
Promosi sah bermula 7 hingga 14 Ogos ini.
#7 Sushi King
Sushi King tidak ketinggalan untuk meraikan usaha anda di mana anda boleh mendapatkan percuma satu Gomo Lidako Trio bermula 12 hingga 13 Ogos.
Promosi ini bagaimanapun hanya boleh digunakan di Klang Valley, Penang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan juga Terengganu.
#8 Pizza Hut
Pizza Hut nak beri piza bersaiz besar percuma sempena hari mengundi?
Ikuti langkah ini untuk dapatkan piza bersaiz besar secara percuma:
- Kunjungi mana-mana outlet Pizza hut di Malaysia.
- Tunjukkan poster yang tertera di kaunter Pizza Hut.
- Buat satu pembelian Cola Pizza bersaiz regular.
Promosi ini sah dari 7 hingga 13 Ogos ini dan hanya boleh digunakan untuk pembelian di kedai sahaja sama ada makan atau bungkus.
Ia tidak boleh digunakan untuk pembelian atas talian dan pelanggan boleh memilih antara lima perisa yang ditawarkan.
#9 Gamuda Land
Gamuda Land turut tidak melepaskan peluang untuk anda menikmati pelbagai promosi bersempena dengan PRN yang berlansung ini.
Dengan menunjukkan jari berdakwat anda, anda boleh mendapatkan promosi di SplashMania, Paya Indah Discovery Wetlands, Quayside dan juga Xploria.
Ini adalah promosi yang diberikan:
- SplashMania – Beli lima tiket dan dapatkan tiket keenam pada harga RM6 sahaja.
- Paya Indah Discovery Wetlands, Quayside, Xploria – Beli 1 tiket dan dapatkan tiket seterusnya pada harga RM6
Promosi boleh digunakan pada 12 hingga 13 Ogos dan diaplikasikan kepada pengunjung yang datang membuat pembelian di kaunter.