fbpx
Now Reading
Diskaun Hingga 50% Menerusi Aplikasi airasia Superapp & Pelanggan Boleh Raih 3x Poin Untuk Setiap Tempahan Flight, Hotel, Ride & Banyak Lagi!

Diskaun Hingga 50% Menerusi Aplikasi airasia Superapp & Pelanggan Boleh Raih 3x Poin Untuk Setiap Tempahan Flight, Hotel, Ride & Banyak Lagi!

Pelanggan yang berdaftar dengan airasia Superapp juga boleh menebus 50 poin dengan RM1 sepanjang tempoh promosi ini berlangsung. Jika sebelum ini, RM1 adalah dengan 125 poin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nak holiday dengan keluarga bersempena dengan cuti persekolahan dan juga sambutan Krismas? Ha, jangan risau tentang harga tiket penerbangan, hotel, dan pengangkutan sebab…

airasia Superapp kini kembali dengan diskaun tak masuk akal sehingga 50% pada bulan Disember ini. Memang harga murah dan berbaloi untuk semua pelanggan yang ingin menempah tiket penerbangan serta tempat penginapan di lokasi pilihan!

Boleh Raih 3X airasia poin & Tebus 50 Poin Dengan RM1 Sahaja Sepanjang Promosi Berlangsung!

Sebelum menempah, pelanggan terlebih dahulu perlu memuat turun aplikasi airasia Superapp menerusi GooglePlay atau App Store dan mendaftar dengan setiap butiran yang diperlukan.

Selepas itu, menerusi aplikasi airasia Superapp, anda secara automatik layak untuk menerima diskaun hebat iaitu sehingga 50% untuk tiket penerbangan, hotel, penerbangan + hotel, ride, dan banyak lagi! Oh, bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh meraih sebanyak 3x poin airasia buat setiap pembelian yang dilakukan. Bestnya!

Kalau anda ‘extra’ bertuah, anda bakal berpeluang memenangi penerbangan ke Almaty, Kazakhstan untuk 2 orang (dibawakan oleh AirAsia X) di mana AirAsia X anda terbang ke Almaty sebanyak empat (4) kali seminggu bermula Mac 2024!

Wow, siapa nak bagi kan semua ini? Jimat pun jimat, dapat pula benda best yang FREE. Durian runtuh! 😀

Nota: Pelanggan yang berdaftar dengan airasia Superapp juga boleh menebus 50 poin dengan RM1 sepanjang tempoh promosi ini berlangsung. Jika sebelum ini, RM1 adalah dengan 125 poin. Buat para pemegang kad BigPay dan airasia members pula, anda akan diberikan akses promo hebat ini sehari sebelum iaitu pada 10 Disember 2023!

Promosi Hebat: Superapp Super Sale Pada 11 Hingga 17 Disember 2023!

#1 Tiket Penerbangan

Para pelanggan layak menerima 20% diskaun bagi tiket penerbangan domestik dan antarabangsa untuk mana-mana syarikat penerbangan! Lokasi yang terpilih untuk diskaun ini adalah Air Mauritius, AirArabia, Myanmar Airways International, SriLankan Airlines, US Bangla Airlines, Citilink, Salam Air, KLM, ANA ke destinasi seperti Mauritius, Dubai (via Sharjah), Dhaka, Kathmandu, Medan, Muscat, Amsterdam, Narita (Tokyo), dan banyak lagi!

Anda hanya perlu menggunakan kod: “MOVE20” dan diskaun adalah sehingga RM50.

Manakala pemegang kad VISA pula akan menerima RM50 diskaun dengan pembelian minimum RM500. Anda hanya perlu menggunakan kod “VISA” untuk diskaun tersebut ketika ‘checkout’.

#2 Hotel

Dah pergi bercuti, mestilah duduk menginap di hotel, kan?

Jangan bimbang sebab diskaun juga akan diberikan untuk anda yang inginkan percutian yang sempurna dan menjadikannya lebih istimewa, serta mesra-poket di mana anda boleh menebus diskaun sebanyak 30% di mana-mana hotel pilihan!

Anda hanya perlu menggunakan kod: “MOVE” dengan pembelian minimum RM100 sahaja.

Dan pemegang kad VISA yang inginkan lebih banyak penjimatan, anda juga layak menerima diskaun ekstra RM20 dengan perbelanjaan minimum RM300! Anda hanya perlu menggunakan kod “VISA”.

*Promosi adalah diskaun berganda*

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan juga bahawa kod dan diskaun ini hanya boleh digunakan di hotel-hotel yang memiliki ciri ‘Pay Now’ sahaja.

*Tertakluk pada terma dan syarat.*

#3 Tiket Penerbangan + Hotel (Kombo Jimat)

Ha, kalau anda sejenis yang malas nak pening-pening untuk menempah satu per satu, ini adalah cara paling win sebab anda terus boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% untuk percutian anda kali ini dengan kombo ini! Memang jimat sangat tau.

Lokasinya adalah Langkawi – Kota Kinabalu – Bangkok – Bali dan banyak lagi. Wah, menarik betul!

Paling best, untuk pemegang kad VISA akan automatik dapat 5,000 poin airasia! Siapa nak bagi?

#4 airasia ride

Bila tengah-tengah mood bercuti, benda ini yang paling ramai orang terlepas pandang iaitu pengangkutan. Memang akan automatik kalut kalau hari nak terbanglah boleh terlupa nak book ride untuk ke KLIA.

Sebab itu kena tempah dengan airasia ride!

Kalau anda sejenis pelupa, boleh book terus awal-awal (pre-book) untuk melengkapkan lagi percutian anda di hujung tahun ini bersama keluarga. Yang penting, kalau ada anak kecil dan orang tua, tak adalah risau sangat sebab barang pun akan banyak jadi boleh book beberapa buah kereta untuk memudahkan lagi ahli keluarga dan yang tersayang.

Oh! Kalau nak tahu, airasia ride ini adalah harga paling rendah pernah kami jumpa untuk ke KLIA tau. Dengan harga RM54* sahaja jika anda ingin ke KLIA ataupun dari ke KLIA ke lokasi pilihan.

Dan ada pula diskaun RM5 dengan menggunakan kod: “FLYRIDE5”.

#5 airasia gift

“Memberi adalah lebih baik daripada menerima,” kata seseorang.

Jadi, kalau anda nak menjadi seorang yang pemurah, bolehlah belanja insan tersayang dengan membelikan yogurt, air, ataupun makanan kegemaran mereka di llao llao, Secret Recipe, atau Tealive. Dan anda boleh meletakkan nota/remark “Gift” menerusi aplikasi airasia Superapp pada bahagian “Chat” dan masukkan kod promosi “ONLY1”.

*Tertakluk pada had penebusan harian*

Lebih menarik, anda boleh menebus e-voucher bernilai RM10 dengan RM1 sahaja. Berbaloi sungguh!

Flash Deals Bermula 11 – 13 Disember 2023!

Tak habis lagi, gais! Untuk promosi ‘Flash Deals’ pula yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Disember ini pula menawarkan ‘Buy 1, Free 1’ untuk hotel (penginapan) di Langkawi, Phuket, Bali, dan Boracay!

Wah, tempat hotspot tu untuk melancong! 😀

Anda hanya perlu menggunakan kod “B1F1” dengan pembelian minimum RM200 yang boleh ditebus di mana-mana hotel terpilih dan perlu diingatkan, kena book untuk dua (2) malam tau!

Tapi sebelum itu, semak dulu sama ada hotel tersebut menawarkan kaedah “Pay Now” atau tidak, ya. *Tertakluk pada terma dan syarat*.

Tips ‘Win’ Untuk Mendapatkan Penjimatan Tambahan

Semua orang suka berjimat, kan? Tipulah kalau ada yang tak suka perkataan ‘Deal’ atau ‘Diskaun’. Apa-apa pun, mesti nak beli sesuatu yang menawarkan harga paling tak masuk akal dan servis yang ‘top notch’.

Ha, ini antara tips untuk menerima penjimatan tambahan dengan diskaun berganda di mana anda boleh menggunakan ‘stackable code’ iaitu: DISKAUN 30%* [MOVE] + DISKAUN RM20** [B1F1] + POTONGAN RM20***[VISA].

So setiap pembelian/transaksi yang dilakukan adalah dengan menggunakan kesemua kod di atas untuk mendapatkan diskaun lebih banyak daripada biasa. Untung tau ni, jarang-jarang ada atau diskaun berganda (stackable code).

*Terhad sehingga RM30 dengan perbelanjaan minimum RM100.
**Minimum perbelanjaan RM200, sah digunakan untuk hotel dan terpakai untuk tempahan hotel dua (2) malam sahaja.
***Terpakai untuk pemegang kad VISA dengan perbelanjaan minimum RM300.

Spin n’ Win

Ingin menggandakan peluang anda untuk memenangi hadiah utama?

Di samping transaksi Super Sale, anda juga boleh main game Spin n’ Win untuk kumpul lebih banyak Golden Ticket! Wohoooo!

Ha, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini sebab flat promo akan berlangsung dan berakhir mengikut tarikh yang ditetapkan seperti di atas. Jadi, tolong lock kalendar secepat mungkin untuk berpeluang menikmati diskaun dan menang besar dengan airasia Superapp!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.