fbpx
Now Reading
ST Rosyam Mart Buka Cawangan Ke-6 Di Semenyih, Tawar Pelbagai Diskaun Sempena ‘Grand Opening’

ST Rosyam Mart Buka Cawangan Ke-6 Di Semenyih, Tawar Pelbagai Diskaun Sempena ‘Grand Opening’

ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti dan influencer tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas yang diberi nama Celebrity Corner bagi menjual produk masing-masing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir enam tahun beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka ST Rosyam Mart terus mengembangkan perniagaan mereka dengan pembukaan besar-besaran cawangan ke-6 di Semenyih, Selangor pada Rabu (26 Mac).

Bersempena dengan majlis perasmiannya itu, ST Rosyam Mart yang beroperasi 24 jam sehari akan menawarkan diskaun hebat untuk pelbagai barangan terpilih.

Sama seperti pembukaan cawangan-cawangan sebelum ini, promosi ini akan berlangsung selama enam hari enam malam iaitu dari 26 Mac sehingga 31 Mac.

Jadi ahli ST Card & dapat penjimatan hebat

ST Mart dalam satu kenyataan berkata, para pelanggan layak menikmati ganjaran dan promosi yang ditawarkan dengan mendaftar sebagai ahli ST Card, program pengumpulan mata yang diguna di semua rangkaian ST Rosyam Mart dan Sri Ternak.

Lazimnya setiap kali cawangan baharu dibuka, harga serendah 8 sen ditawarkan kepada semua pelanggan sepanjang tempoh pesta pembukaan diadakan.

Namun ini bukan satu-satunya promosi yang diadakan kerana jenama pasar raya tersebut akan sentiasa mengadakan kempen promosi pada setiap bulan.

Cawangan Semenyih ke-2 terbesar di Malaysia

Ahli Lembaga Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor berkata outlet di Semenyih ini merupakan cawangan kedua terbesar di Malaysia selepas Shah Alam.

Ia meliputi kawasan seluas 37,000 persegi, lengkap dengan tempat parkir untuk kemudahan para pelanggan.

Ada ‘Celebrity Corner’, sudut khas untuk selebriti tempatan jual produk

Apa yang lebih menarik ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti dan influencer tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas yang diberi nama Celebrity Corner bagi menjual produk masing-masing.

Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian di Celebrity Corner ialah:

  • Wak Doyok
  • Tyzo Xander
  • Prince Syed
  • Shah THR
  • Suki Low
  • Ako Mustafa
  • Angah Raja Lawak
  • Munif Hijjaz
  • Azza Elite
  • Asmidar
  • Rashid Sibir
Tyzo Xander antara selebriti yang mengambil bahagian di Celebriti Corner. Foto : BuzzKini

Bertemakan slogan ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’, rangkaian pasar raya moden itu juga memperkenalkan konsep produk mudah cari merangkumi barangan basah dan kering di bawah satu bumbung.

Bahkan, berbekalkan tenaga seramai hampir 300 kakitangan, ST Rosyam Mart bersiap sedia memberikan 19 perkhidmatan percuma kepada para pelanggan setia pasar raya berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpukan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann menjangkakan sebuah lagi cawangan akan siap dibina di Senawang, Negeri Sembilan pada Ogos akan datang.

“Jika ikut perancangan, kami akan membuka cawangan pertama di luar Lembah Klang iaitu Senawang pada 31 Ogos.”

Sebagai info, cawangan ST Rosyam Mart yang lainnya terletak di Setiawangsa, Shah Alam, Subang Jaya, Taman Ehsan, Sungai Buloh dan Semenyih.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.