fbpx
Now Reading
AirAsia Perkenal ‘Route’ Baharu, Almaty. Boleh Letak Dalam Bucket List Untuk Bercuti!

AirAsia Perkenal ‘Route’ Baharu, Almaty. Boleh Letak Dalam Bucket List Untuk Bercuti!

Kalau nak cuba makanan popular di Almaty, Kazakhstan seperti Besbarmaq, bolehlah beli tiket kapal terbang sekarang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Topik paling excited sekali bila nak ‘sit-down’ dengan keluarga, kawan-kawan, ataupun yang tersayang adalah, “Tahun ini nak pergi holiday dekat negara mana..?” Dan kebiasaannya majoriti akan pilih perjalanan ke negara-negara yang boleh dikatakan sering menjadi tumpuan ramai.

Contohnya; London, Paris, Amsterdam, Gold Coast, Melbourne, dan sebagainya.

Tapi pernah tak korang teringin untuk bercuti di sebuah lokasi yang perjalanannya sekitar tujuh (7) jam ++selain merupakan salah satu negara terbesar di dunia iaitu Kazakhstan?

Lebih menyeronokkan, salah satu bandar di Kazakhstan iaitu Almaty merupakan bandar terbesar di negara tersebut dan ianya memiliki pelbagai jenis pokok buah Epal. Ha, untuk anda yang suka makan buah Epal, kalau travel ke Almaty – bolehlah mencuba sendiri variasi buah Epal yang ada!

Chup! Sebelum korang semua terbang ke Almaty, jom kami cerita serba sedikit tentang bandar terbesar di Kazakhstan ini!


Sejarah Almaty

Bandar Almaty di Kazakhstan berfungsi sebagai pusat unik di Asia Tengah. Bandar ini merupakan bekas ibu kota Kazakhstan (sebelum dipindahkan ke utara ke Nur Sultan iaitu dikenali sebagai Astana) dan kini menjadi sebuah bandar moden dengan lebih daripada dua juta penduduk, mempunyai seni bina menarik dan suasana kafe yang meriah suasananya.

Oh! Korang tahu tak sebenarnya pada tahun 2018 Kazakhstan telah membuka pintu sepenuhnya buat para pelancong di seluruh dunia. Namun dua tahun selepas itu, seluruh dunia telah ‘terkurung’ akibat pandemik. Jadi sejujurnya, perjalanan korang untuk ke Almaty dan Kazakhstan ini sememangnya baru sahaja bermula.

Sebelum itu, Kazakhstan sedang berusaha mengenali pemerintahan sendiri selepas seribu tahun. Negara ini telah ditakluki, diperintah, diperdagangkan, dan ditakluki sekali lagi sepanjang zaman. Pada abad ke-13, Almaty ditakluki oleh Mongol, yang memusnahkan bandar sedia ada secara sepenuhnya. Selepas itu, kawasan ini berpindah tangan dari Uzbek kepada tangan Rusia, dan akhirnya kepada tangan Soviet.

Almaty sebagaimana yang kita kenali sekarang, bermula naik dalam tahun 1854 di bawah kawalan tentera Rusia, yang membina sebuah benteng di sini.
(Sumber gambar: Envato)

Walaupun ramai orang Kazakhstan masih menjalani gaya hidup nomadik sebelum pemerintahan Soviet, gaya hidup itu mula surut apabila Empayar Soviet mengukuhkan penguasaannya di kawasan ini.

Menariki kan sejarah bandar Almaty, Kazakhstan ini? 😀


10 Destinasi Popular Di Almaty

Wilayah Almaty merupakan destinasi yang mengalu-alukan pelancong dari pelbagai bangsa, termasuk masyarakat Rusia, Uzbek, Kyrgyz, Cina, dan juga Malaysia.

Antara lokasi-lokasi yang boleh korang terokai ketika di Almaty adalah:

#1. Big Almaty Lake.

#2. Charyn Canyon.

#3. Kolsai Lakes.

#4. Singing Dunes – Altyn Emel National Park.

#5. Bartogai Reservoir.

#6. Turgen Waterfalls.

#7. Shymbulak Ski Resort.

#8. Medeu Alpine Skating Rink.


Untuk ‘Kaki Makan’, Ini 10 Lokasi Syok Untuk Korang Food Hunting Di Almaty. Confirm Kenyang & Puas Makan!

Travel tanpa ‘food-hunting’ memang tak lengkaplah jawabnya.

Bukan sahaja kaki travel, kaki makan juga boleh menerokai negara yang unik ini di mana makanan/hidangan paling popular di sana adalah “Etqamyr (ет)” atau “Besbarmaq (бесбармақ)” – hidangan yang terdiri daripada daging kuda atau daging biri-biri yang direbus.

Ia juga merupakan hidangan Kazakhstan paling laris selai memegang status makanan kebangsaan negara tersebut. Bukan itu sahaja, hidangan ini dikenali sebagai “lima jari” kerana cara ia dinikmati. Potongan daging yang rebus dipotong dan disajikan oleh tuan rumah mengikut keutamaan tetamu.

Argh, berbunyi pula perut. Terliur!

Besbarmaq
Kuyrdak

Tapi kalau nak cuba hidangan lain di Almaty, meh kami senaraikan:

  • Baursak
  • Kazy
  • Palau
  • Mantas
  • Sirne
  • Lagman
  • Sorpa
  • Kozhe

Nak Lakukan Aktiviti Menarik Di Almaty? Boleh Tengok Senarai Ini

Dah travel jauh-jauh, takkan makan sahaja kan? Pusing-pusing pun best juga sambil tengok keindahan dan keunikan sesebuah negara, apa kata kita cuba pula tarikan aktiviti yang ditawarkan buat para pengunjung pula.

Mana taknya, bukan selalu dapat travel dan lakukan aktiviti di negara orang.

Ha, buat anda yang pertama kali menjejakkan kaki di Almaty, ini antara senarai aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang keberadaan anda di negara ini. Best tau semuanya!

  • Mendaki (Hiking).
  • Bermain Ice Skating.
  • Bermain Ski.
  • Bermain Kuda.
  • Gorilla Zipline dan Rope Jumping.
  • Shooting Ranges.
  • Paragliding.
  • Rock Climbing.
  • Skydiving.
  • Rafting.

Argh, seronoknya! 😀
Kalau anda semua berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan buat para pelancong di Almaty serta kawasan di sekitarnya, boleh terus CHECK OUT DI SINI.


AirAsia Perkenal Perjalanan Baharu Iaitu Almaty, Khazakhstan. Wohoo!

Berita baik untuk anda yang teringin untuk membawa ahli keluarga ataupun yang tersayang untuk bercuti di negara Segi Tiga Emas ini, AirAsia kini menawarkan satu perjalanan baharu iaitu penerbangan ke Almaty dan tiket bermula dengan harga serendah RM1,499 je!

OMG, murah okay!

Dan jangan risau, negara ini memang sesuai untuk korang yang ingin bercuti dengan tenang bersama ahli keluarga tercinta, ‘dating’ dengan suami atau isteri, bawa anak-anak kecil pergi bercuti dan mempelajari sejarah tentang negara luar, ataupun korang-korang yang masih single yang menginginkan sesuatu yang mencabar.

Pendek kata, hampir semua tarikan menarik ada di Almaty, Kazakhstan dan makanan pula memang banyak yang halal dan muslim-friendly! BESTTTTT!

So apa tunggu lagi, jom book dengan AirAsia menerusi airasia Super App! 😀

  • Tempoh tempahan: SEKARANG hingga 10 Disember 2023
  • Tempoh perjalanan: 14 Mac hingga 26 Oktober 2024
  • Destinasi: Almaty, Kazakhstan
  • Tawaran promosi: dari RM1,499
  • Premium flatbed: dari RM3,399

Jadual Penerbangan:

  • Kuala Lumpur – Almaty
  • Flight No: D7 600
  • Waktu Berlepas (Departure): 12:50
  • Waktu Tiba di Destinasi (Arrival): 18:45
  • Hari: Selasa, Khamis, Sabtu & Ahad
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.