fbpx
Now Reading
“Murah Rezeki..”- Hargai Jasa Isteri, Lelaki Bagi Phone Suruh Shopping Dekat Shopee

“Murah Rezeki..”- Hargai Jasa Isteri, Lelaki Bagi Phone Suruh Shopping Dekat Shopee

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak bahagia mempunyai pasangan yang pemurah kan? Apatah lagi, bagi si isteri yang telah banyak menguruskan pelbagai tugas di rumah, semestinya ingin rasa dihargai oleh sang suami.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pengguna bernama @bobybobxx telah memberi keizinan kepada isteri untuk membeli-belah di aplikasi Shopee menggunakan akaun miliknya.

Sebagai tanda penghargaan

Foto: TikTok

Difahamkan, lelaki tersebut berbuat demikian sebagai tanda penghargaan ke atas isterinya yang telah banyak membantunya.

Dalam video tersebut, si isteri yang pada mulanya tidak percaya itu kelihatan sangat gembira dan terus mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah viral sehingga meraih lebih 100K views, 6.9K likes dan 721 shares di platform TikTok.

Ternyata, perkongsian itu membuatkan ramai warganet terharu dan teruja terutamanya kaum wanita yang sememangnya mengidamkan suami yang pemurah seperti lelaki itu.

@bobybobxx

treat you girl like queen.. she everything ##fyp ##foryoupage ##fypシ ##foryou ##couple ##marry

♬ Tie Me Down – 🅰️❗

Lelaki pemurah idaman wanita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan wanita meluahkan hasrat mahu mencari bakal suami yang tak berkira untuk memenuhi permintaan isteri.

Namun, terdapat juga isteri-isteri yang tidak sampai hati untuk ‘menghabiskan’ duit suami kerana memikirkan tanggungjawab lain dan berjimat untuk keperluan.

Tidak kira lah apa pun, yang penting dalam hubungan suami isteri perlulah saling bertolak ansur, bantu membantu dan saling memberi baru lah sentiasa dilimpahi rezeki.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.