fbpx
Now Reading
Nak Jumpa Kawan Tapi Tiada Permit Rentas Daerah, Lelaki Nekad Berenang Rentas Selat Pulau Pinang

Nak Jumpa Kawan Tapi Tiada Permit Rentas Daerah, Lelaki Nekad Berenang Rentas Selat Pulau Pinang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya kerana mahu berjumpa rakannya seorang lelaki dari Bayan Lepas, Pulau Pinang nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang difahamkan dari jeti feri di Tanjung City Marina menuju ke Seberang Perai.

Dia difahamkan tekad untuk berbuat sedemikian selepas gagal mendapatkan kelulusan untuk merentas daerah dari polis disebabkan gagal mengemukakan alasan yang munasabah.

Kepenatan sebelum berpatah balik

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong, lelaki berusia 28 tahun tersebut bagaimananapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana kepenatan sebelum dibantu petugas Penang Port Sdn Bhd.

“Dalam insiden berkenaan, seorang lelaki Melayu berusia 28 tahun telah tekad terjun ke laut dari Tanjung City Marina dan cuba berenang menuju ke Seberang Perai.

“Namun dipercayai akibat kepenatan, lelaki Melayu berkenaan telah berpatah balik menghala ke pontoon jeti feri pejalan kaki sebelum berjaya diselamatkan oleh petugas Penang Free Port yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya.

Nak jumpa rakan

“Berdasarkan temu bual yang dijalankan, lelaki berkenaan memberitahu dia nekad untuk berenang ke Seberang Perai kerana mahu berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah dari pihak polis.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja.”Semakan dibuat mendapati lelaki itu berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dipercayai hidup sebagai gelandangan dan mempunyai masalah ketagihan dadah.

Tambah beliau hasil semakan lelaki tersebut juga dipercayai hidup sebagai gelandangan dan merupakan penagih tegar .

Terdahulu tular di Facebook menerusi akaun Penang Kini foto seorang lelaki nekad merentasi Selat Pulau Pinang kerana tidak mempunyai surat rentas daerah untuk menuju ke Seperang Perai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.