fbpx
Now Reading
Ramai Kecam Tindakan Pengunjung Mandi Di Pantai Walau Amaran Bendera Merah Sudah Dikibar [Video]

Ramai Kecam Tindakan Pengunjung Mandi Di Pantai Walau Amaran Bendera Merah Sudah Dikibar [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pengunjung turut bermandi-manda di gigi air pantai tersebut bersama keluarga mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila tibanya hujung minggu atau cuti sekolah pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

Ada yang memilih untuk bercuti di hotel dan ada juga yang memilih untuk berehat sambil mandi di tepi pantai bagi mencipta kenangan bersama tersayang.

Namun terdapat beberapa kawasan pantai yang bahaya untuk dijadikan sebagai kawasan bermandi-manda. Ini kerana, ia mungkin kerana keadaan air laut yang mempunyai ombak besar dan sebagainya.

Oleh itu, amaran atau bendera merah akan diletakkan di kawasan terbabit sebagai larangan kepada pelancong atau penduduk setempat daripada mandi disitu.

Pengunjung di sebuah pantai selamba mandi walau ombak besar

Namun berbeza dengan situasi dalam satu video yang tular di laman X ini apabila kelihatan pengunjung bermandi-manda di pantai meskipun amaran sudah diberikan.

Menerusi video yang tular itu, pada awalnya kelihatan beberapa pengunjung yang sedang duduk berkelah di tempat yang disediakan. Malah ada segelintirnya turut memasang khemah untuk berekreasi di kawasan terbabit.

Bukan hanya itu, di bahagian pantai pula kelihatan pengunjung turut tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di gigi air bersama keluarga.

Apa yang lebih mencuri tumpuan kelihatan ombak di pantai tersebut begitu besar dan dilihat seperti boleh mendatangkan bahaya.

Bendera merah telah dipacak pada kawasan pantai berkenaan sebagai larangan mandi

Walau bagaimanapun di saat perakam mengalihkan lensanya kelihatan terdapat bendera merah yang telah dipacakkan pada sebuah papan tanda sebagai amaran yang menunjukkan kawasan itu dilarang untuk bermandi-manda.

Ini kerana, keadaan laut di kawasan berkenaan bergelora atau berombak besar yang boleh menyebabkan risiko lemas.

Melihat di ruangan balas ramai yang menyifatkan tindakan pengunjung yang mandi di pantai tersebut adalah suatu perkara yang bahaya dan berisiko.

Malah ada yang tertanya-tanya sama ada mereka tahu atau tikdak fungsi bendera merah dikibarkan di kawasan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat ombak besar itu sahaja sudah menunjukkan kawasan pantai itu tidak sesuai dijadikan tempat mandi.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut di mana atau bila perkara itu berlaku. Namun ada yang mendakwa ia mungkin di sebuah pantai peranginan di sekitar Johor.

“Tak perlu bendera merah, tengok ombak pun dah tahu bahaya”

“Rasanya orang ni tak tahu apa maksud bendera merah”

“Nampak seperti pantai di Johor”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.