Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pantai dan laut merupakan salah satu pemandangan yang dapat menenangkan jiwa tatkala melihat keindahannya.
Malah ada juga segelintir daripada kita yang akan memilih pantai sebagai satu tempat untuk melepaskan tekanan sambil melayan perasaan.
Perkara sama turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Murfiiii yang menunjukkan seorang gadis sedang bersantai di tepi pantai sambil menikmati aiskrimnya.
Dalam video tersebut, Murfiiii memaklumkan dia pada awalnya mahu merakam video yang seolah-olah seperti sedang melayan perasaan di tepi pantai.
Namun apa yang menjadi perhatian orang ramai tatkala dia leka menikmati aiskrimnya itu sambil melihat pantai tanpa disedari terdapat seekor monyet menghampirinya.
Monyet datang rampas aiskrim
Lebih mencuit hati lagi apabila monyet tersebut turut melompat dan merampas aiskrim miliknya.
Dia yang terkejut dengan keadaan itu terus melepaskan aiskrim tersebut dari tangannya dan kelihatan monyet itu duduk sambil menikmati aiskrim tersebut.
Melihat di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan tidak kurang juga ada yang terkejut dengan situasi tersebut serta kasihan melihat aiskrim yang dirampas monyet tersebut.