fbpx
Now Reading
Lelaki Mengaku Datang Dari Tahun 5000, Beri Amaran Bencana Alam Akan Tenggelamkan L.A [Video Temubual]

Lelaki Mengaku Datang Dari Tahun 5000, Beri Amaran Bencana Alam Akan Tenggelamkan L.A [Video Temubual]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki mencuri tumpuan apabila mendakwa dia seorang pengembara masa dari tahun 5000.

Memperkenalkan dirinya sebagai Edward, lelaki ini mendakwa perubahan iklim di dunia pada masa akan datang akan menenggelamkan bandar Los Angeles (LA). Malah menurutnya dia memiliki banyak bukti bergambar mengenai kejadian itu.

Menerusi laporan Mirror, Edward yang ditemubual ApexTV mendakwa dia sebenarnya bekerja untuk sebuah makmal penyelidikan yang menjalankan satu eksperimen penggembaraan masa yang dirahsiakan pada tahun 2004 sebagai Technical Support Engineer.

Dia sewaktu misi itu bagaimanapun telah dihantar untuk mengembara ke masa hadapan iaitu, ke 3000 tahun akan datang.

Misinya difahamkan adalah untuk mengambil gambar di masa hadapan. Namun sebaik tiba ke waktu masa yang ‘dituju’, dia terkejut apabila mendapati keseluruhan kawasan tersebut ditenggelami oleh air.

Menerusi video temubual tersebut, foto Edward bagaimanapun di kaburkan manakala suaranya di ubah dipercayai demi melindungi identitinya.

“Saya akan berkongsi kepada anda kisah yang pasti mengejutkan anda.

“Saya tiba di satu lokasi, Ianya sangat mengejutkan. Saya berdiri dia sebuah platform yang dibina dari kayu. Semua benda diperbuat daripada kayu. Selepas itu baru saya tersedar, ia adalah bandar LA yang sudah ditenggelami air,” katanya

Berlaku akibat pemanasan global

Tambahnya lagi, dia kemudiannya berkesempatan bertemu dengan orang yang hidup di zaman itu yang disifatkanya seperti manusia di zaman purba.

Mereka menjelaskannya kepadanya semua itu berlaku disebabkan banjir besar akibat dari pemanasan global.

Mengulas mengenai manusia dia era tersebut, dia menjelaskan perabadan manusia di zaman tersebut juga sudah terhenti dimana manusia sudah hidup seperti binatang dan membunuh sesama sendiri.

Hasil carian kami, video temubual tersebut sebenarnya sudah dimuat naik ApexTV di saluran mereka 3 tahun yang lalu.

Tonton video penuh di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.