Peristiwa 3 Ogos 1996, Seluruh Semenanjung Malaysia Terputus Bekalan Elektrik

Kami yakin semua pasti bersetuju kalau kami katakan sumber elektrik adalah satu benda asas yang kita sebagai manusia perlu ada.

Terputus bekalan elektrik untuk suatu masa yang lama pastinya akan menggangu rutin harian kita. Ini kerana banyak kerja-kerja dan tugasan yang kini melibatkan dan bergantung pada penggunakan tenaga elektrik.

Namun tahukah anda, 25 tahun dahulu atau lebih tepatnya pada 3 Ogos 1996, seluruh Semenanjung Malaysia pernah bergelap disebabkan bekalan elektrik terputus untuk beberapa jam?

Ramai generasi muda mungkin tak mengetahuinya namun bagi mereka yang lahir pada awal 90an dan sebelumnya, pasti masih ingat kisah tersebut bukan?

Bermula pada jam 5.17 petang di beberapa kawasan sebelum merebak ke seluruh semenanjung, kejadian ini difahamkan berpunca apabila pusat janakuasa di Paka, Terengganu mengalami kerosakan sekaligus menyebabkan semua stesen kuasa yang berada di seluruh Semenanjung Malaysia gagal membekalkan elektrik.

Keadaan tanpa diduga itu menyebabkan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor menjadi tidak tentu hala, dimana sistem lalu lintas yang tergendala,  aktiviti orang ramai terbantut, malah lebih parah lagi aktiviti komersial negara lumpuh. 

Bukan setakat jalan raya sesak kerana lampu isyarat tidak berfungsi, sistem pengangkutan darat lainnya turut dilaporkan tergendala antaranya perkhidmatan KTM Komuter yang berhenti serta merta sehingga memaksa koc keretapi elektriknya terpaksa ditarik menggunakan keretapi berkuasa diesel.

Bukan itu sahaja, malam tersebut sepatutnya berlangsung satu perlawanan bola sepak besar iaitu Perlawanan Akhir Piala FA di antara Sarawak dan Kedah di Stadium Merdeka. Namun disebabkan ketiaadan bekalan elektrik beberapa jam sebelum perlawanan, ia juga ditunda kepada malam keesokan harinya.

Meskipun tiada info lengkap berapa lama waktu negara kita bergelap, ada info yang mengatakan gangguan ini hanya pulih sepenuhnya selepas 12 jam.

Kejadian ini turut menyebabkan banyak pihak kerugian antaranya TNB sendiri dan juga industri perkilangan.

Menurut pengiraaan yang dilakukan Persatuan Pekilang –Pekilang Malaysia (FMM), sektor pengilanangan disebabkan ketiadaan elektri pada itu sahaja telah kerugian lebih RM 123,000,000 .

Malah TNB sendiri menanggung kerugian sebanyak RM 13.6 juta dan tambahan Rm 10 juta disebabkan kerosakan peralatan.

Bagi memastikan insiden sama tidak berulang, kerajaan Malaysia kemudiannya telah meluluskan lima penghasil kuasa untuk menyertai perniagaan penjanaan elektrik. Keputusan ini menyebabkan saham utama TNB jatuh mendadak, tidak sampai 6 tahun selepas mereka diswastakan .

Meskipun insiden ini sudah 25 tahun berlaku, tidak mustahil untuk ia berlaku lagi. Jadi sebagai seorang pengguna apakah persediaan anda sekiranya tiada bekalan elektrik?

Baca di bawah:

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

40 mins ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

2 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

3 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

3 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

19 hours ago