fbpx
Now Reading
Gadis Luah Rasa Kecewa, Dakwa Parcel Berisi Stok Makanan Dibuka & Diganti Barang Lain Oleh Staf Kurier

Gadis Luah Rasa Kecewa, Dakwa Parcel Berisi Stok Makanan Dibuka & Diganti Barang Lain Oleh Staf Kurier

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada yang lebih mengecewakan buat seorang gadis apabila mengetahui stok makanan yang dihantar kepada teman lelakinya dari Kluang ke Gelang Patah, Johor tidak tiba sebaliknya digantikan dengan barangan lain.

Menerusi Twitter, gadis tersebut @Schazza Izzati meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah syarikat kurier yang didakwanya telah membuka kotak parcel berisi stok makanan berkenaan sebelum menggantikan isi nya dengan barangan yang tidak diperlukan.

Menurut Schazza, stok berisi makanan tersebut dihantar kepada teman lelakinya yang kehabisan stok makanan kerana sedang menjalani kurantin selepas disahkan positif Covid-19 .

“Teman lelaki saya positive covid-19, jadi saya buat keputusan untuk hantar makanan untuk dia sebab stok makanan dia dah habis.

“Tengok apa staff *** buat. Kamu rembat makanan yang saya hantar & gantikan dengan sampah. Minta tolong korang rt biar semua tahu. ” ciapnya di Twitter.

Dia menerusi hantaran tersebut turut berkongsi foto perbandingan keadaan barangan trsebut sebelum dan selepas diterima memperlihatkan banyak barangan didalamnya yang ‘lesap’ sebaliknya ditukar dan digantikan dengan banyak barangan yang tidak diperlukan antaranya mainan kanak-kanak, dan botol susu bayi berjenama.

Malah banyak barangan makanan dari jenama ‘ternama’ turut hilang dan digantikan dengan botol mineral.

Lebih menguatkan dakwaaanya apabila dia turut berkongsi video sewaktu sesi unboxing kotak tersebut yang kebetulan dirakam teman lelakinya itu. Menerusi video tersebut jelas isi kotak berkenaan yang baru dibuka berterabur dan ‘rompong’ berbanding sebelum ianya di hantar.

“Dia siap buat video unboxing punyalah gembira, alih alih dapat sampah” ciapnya lagi.

Thanks my baby untuk stock makanan

Jelas gadis ini lagi, meskipun barangan tersebut hanyalah makanan, namun ianya begitu penting kerana teman lelakinya terpaksa berkurung di dalam bilik untuk kuarantin kendiri dan tidak dapat menggunakan ruangan dapur untuk memasak kerana semua rakan serumahnya adalah negatif.

“Mungkin bagi orang setakat makanan je. Tapi bagi aku penting sebab dia kuarantin dalam bilik. Budak rumah dia negative. So dia memang tak boleh masak. Makanan pun housemate hantar depan pintu bilik” tulisnya lagi.

Sudah buat aduan

Menurut Schazza, dia sudahpun membuat aduan terhadap syarikat kurier tersebut menerusi laman web mereka dan masih menunggu maklumat lanjut dari mereka.

Dia dalam masa sama juga sudah menyalurkan aduan berhubung isu tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi Portal aduan Perkhidmatan Pos/kurier mereka.

” Syarikat kurier suruh saya tunggu mereka update. Mereka sudah minta saya buat aduan di laman web mereka.

” Saya juga sudah buat aduan pada SKMM sekali” katanya kepada BuzzKini.

Perkongsian Schazza nyata menarik perhatian ramai, ada yang berkongsi pengalaman yang sama dan ada juga segelintir yang turut berkongsi cara untuk membuat aduan.

Tidak kurang juga segelintir yang meminta pihak kurier berkenaan bertanggung jawab untuk menyelesaikan isu tersebut memandangkan banyak isu sama dihadapi pengguna lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.