fbpx
Now Reading
Isu PPV Hotel Grand Seasons Sesak & Dipenuhi Warga Asing, Pengurusan Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Isu PPV Hotel Grand Seasons Sesak & Dipenuhi Warga Asing, Pengurusan Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial hari ini hangat bercerita mengenai penularan sebuah video memperlihatkan kesesakan luar biasa di hadapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Prihatin @ Hotel Grand Seasons difahamkan membabitkan warga asing yang sedang menunggu giliran mendapatkan vaksin di sana.

Insiden tersebut nyata menimbulkan kekesalan dikalangan orang ramai memandangkan negara ketika ini sedang berdepan gelombang penularan yang paling dahsyat sejak Covid-19 mula menyerang negara setahun yang lalu.

Baca artikel berkaitan : “Sampai Bila Nak Macam Ni? ” – Netizen Luah Rasa Kecewa Tiada Pematuhan SOP Di PPV Grand Season [Video]

Keadaan kemudian menjadi terkawal selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerahkan ke lokasi itu.

Keadan kembali terkawal selepas sepasukan polis dari IPD Dang Wangi dan DBKL dikerahkan ke sana

TPM minta kejadian sama tidak berulang

Peka dengan isu tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemudiannya meminta pihak penguat kuasa untuk memastikan keadaan sebegini tidak berulang lagi.

Disangkakan PPV ‘walk in’ untuk warga asing

Terbaharu, Pengurusan Rumah Prihatin di Grand Season tampil menjelaskan kejadian sebenarnya berpunca dari salah faham dimana ada yang menyangkakan PPV mereka menyediakan perkhidmatan daftar terus (walk-in) untuk bukan warganegara.

Sebaliknya menurut mereka pengambilan vaksin secara daftar terus untuk warga asing bukan di situ tetapi adalah di PPV Bukit Jalil.

“Akibat salah faham berkenaan berlaku ‘rush crowd’ luar biasa di luar jangkaan pengurusan dan penguatkuasa.

Sudah beri arahan bersurai namun tak diendahkan

“Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai, walaupun diberikan arahan dan amaran.

“Keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan PDRM dan DBKL. Program vaksinasi ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak membabitkan mana-mana pihak lain,” katanya.

Menerusi kenyataan sama Rumah Prihatin menjelaskan mereka kesal dengan kejadian apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan bantuan pihak berkuasa agar insiden sama tidak akan berulang.

Hanya untuk warganegara khususnya warga emas, OKU, kelompok terpinggir

“Kami ingin menegaskan bahawa Rumah Prihatin hanya menerima pendaftaran terus untuk warganegara Malaysia sahaja, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan sahaja,” katanya.

JKJAV sudah maklumkan sebelum ini

JKJAV sebelum ini sudah memaklumkan PPV walk-in untuk golongan bukan warganegara hanya berada di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dari 9 – 22 Ogos 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.