“Pakai baju lengan panjang untuk tutup gelang..” – Syarikat Paksa Staf Yang Jalani Kuarantin Masuk Bekerja

Peningkatan jangkitan kes Covid-19 didalam negara ketika ini sangat membimbangkan. Dengan purata angka jangkita mencecah 20,000 jangkitan sehari, banyak syarikat masih memilih untuk terus mengekalkan kaedah bekerja dari rumah.

Namun disebalik peningkatan kes tersebut, masih banyak lagi majikan yang bersikap penting diri dengan hanya mengutamakan keuntungan dan mengabaikan keselamatan pekerja mereka walhal sudah terdapat kes positif di syarikat mereka. Malah lebih dahsyat apabila kekal berdegil walhal sudah ada kematian membabitkan kakitangan mereka.

Terbaru, tular di Facebook satu paparan tangkap layar perbualan grup whatsapp sebuah syarikat yang dikongsikan sebuah laman,  Boom Go Employee memperlihatkan arahan Pengurus Jabatan Sumber manusia (HR) syarikat tersebut yang meminta para pekerja untuk hadir ke ke pejabat dengan memakai baju lengan panjang.

Tujuannya adalah menutup gelang pink yang dikenakan para pekerja sekaligus mengelakkan perbuatan mereka dari dikesan pihak berkuasa.

“Sila pakai baju lengan panjang..”

“Seperti yang dimaklumkan Dato, sila pakai baju lengan panjang bagi menutup gelang kurantin ada. Berkuatkuasa mulai esok” tulis Pengurus HR tersebut menerusi tangkap layar berkenaan.

Malah dia turut memberi amaran kepada semua pekerja untuk tidak melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa atau akan berdepan tindakan pecat serta-merta.

Menerusi laporan World Of Buzz, syarikat ini sebenarnya mempunyai 200 kakitangan. Namun 126 dari mereka sudahpun disahkan positif Covid-19 manakala 70 lagi diarahnkan untuk menjalanani kuarantin kendiri dirumah dan dikenakan gelang pink.

Bukan setakat itu sahaja, 4 lagi dari pekerja mereka yang merupakan warga asing sudahpun meninggal dunia akibat dijangkiti wabak maut tersebut.

Namun seolah tidak gentar angka jangkitan dan kematian tersebut, pemilik syarikat tersebut yang merupakan seorang Dato kemudiannya mengarahkan 70 kakitangan yang sedang menjalani kuarantin untuk masuk bekerja.

Bagi mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa, dia turut mengarahkan Pengurus HR untuk mengeluarkan notis meminta semua kakitangan untuk mengenakan pakaian lengan panjang agar dapat menyorokkan gelang kuarantin yang dipakaikan KKM terutamanya ketika keluar membeli makanan di waktu rehat.

Foto Via World Of Buzz

70 tidak jalani saringan, ‘kawtim’ tipu laporan

Lebih mengejutkan, individu yang mendedahkan perkara tersebut kepada pengendali FB Boom Go Employee turut mendakwa kesemua 70 kakitangan tersebut sebenarnya tidak menjalani ujian saringan Covid-19. Sebaliknya pihak syarikat telah ‘berbincang’ bersama klinik yang mengendalikan ujian saringan untuk mengeluarkan laporan palsu dengan mengatakan 70 mereka adalah negatif.

Menurut pengendali grup fb itu lagi, kejadian berlaku sekitar Julai lalu dan individu yang mendedahkan perkara tersebut juga sudahpun meletakkan jawatan pada bulan sama dan sudahpun mendapat pekerjaan yang baru.

Perkongsian tersebut nyata menaikkan kemarahan netien, ramai yang berharap majikan tersebut dikenakan tindakan undang-undang. Malah ramai yang turut berharap nama syarikat tersebut didedahkan kepada orang ramai.

Jika anda berdepan situasi sebegini, anda sebagai pekerja sebenarnya layan untuk membuat laporan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Untuk membuat laporan, rujuk artikel di bawah :

Recent Posts

  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

44 mins ago
  • Trending

Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…

4 hours ago
  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

5 hours ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

21 hours ago