“Apa Fungsi Mereka?” – Khabib Persoal Kewujudan Ring Girl Didalam Pertarungan MMA

Peminat sukan seni bela diri, Mixed Martial Arts (MMA) pasti cukup kenal dengan jaguh Khabib Nurmagomedov.

Meskipun sudah mengumumkan persaraaannya dari beraksi di Octagon sekitar awal tahun ini, nama bintang MMA dari Rusia itu masih meniti dikalangan peminat khususnya di negara majoriti Muslim kerana sifat peribadinya yang taat kepada agama.

Malah jaguh MMA yang memegang rekod tanpa kalah ini masih bergiat aktif disebalik gelanggang dengan menjadi jurulatih dan mentor kepada beberapa muka baharu.

Terbaru nama Khabib menjadi sebutan selepas dia mengkritik kewujudan Ring Girl atau Gadis gelanggang Octagon didalam sebarang pertarungan seni bela diri.

Dia yang menyuarakan pendapatnya itu disatu sidang media menjelaskan Gadis Octagon sebenarnya tidak penting di dalam sukan tersebut memandangkan fungsi mereka yang hanya mengumumkan peringkat seterusnya yang sebenarnya boleh sahaja ditayangkan di skrin.

“Lihat, saya tak mahu melukakan hati sesiapa (tapi) gadis oktagon adalah orang yang paling tidak diperlukan di atas gelanggang.

“Apakah fungsi mereka? Saya ada soalan, kamu boleh tunjukkan yang ia kini di pusingan kedua di skrin. Ini pandangan peribadi saya, Kamil.

Paling tak berguna dalam suukan seni bela diri

“Saya juga tak mahu tetapkannya ketika pertarungan anda. Saya fikir anda ada pandangan sendiri.

“Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? Bagaimana?

“Dana White (Presiden UFC) mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib,” katanya lagi dengan tegas.

Mengaku tidak selesa dengan kewujudan mereka

Menerusi laporan Bloodyelbow, berkongsi pengalamannya menonton satu pertarungan bersama arwah ayahnya dimana kewujudan gadis Octagon dan penampilannya membuatkan Khabib berasa tidak selesa.

Disebabkan itu dia lebih mahukan ‘pertunjukan’ sebegitu diasingkan dari gelanggang pertarungan.

“Wanita ini mengelilingi gelanggang dan memberitahu orang ramai yang ia kini di pusingan kedua. Tapi tiada yang melihat kad tersebut(yang dibawa mereka. Saya dan ayah saya berasa tidak selesa.

“Saya tidak menentangnya, tapi jika anda mahu melakukannya, jangan memaksa saya untuk turut melakukannya. Ada tempat yang sesuai untuknya” katanaya dipetik dari Bloodyelbow.

Sebagai rekod, isu mengenai ring girl atau wanita seksi yang berjalan mengelilingi gelanggang MMA membawa sepanduk pusingan bagi mengumumkan kepada penonton aksi peringkat seterusnya bukan lagi satu perkara baharu.

Ia yang sudah diamalkan di seluruh dunia sejak kejohanan MMA dilangsungkan mula diperdebatkan dimana segelintir orang merasakan cara tersebut sudah ketinggalan zaman.

Malah mereka juga berdepan bahaya kerana berada didalam gelanggang sebagai contoh kejadian seorang ring girl yang ditumbuk secara tidak sengaja oleh petarung MMA Andrew Whitney gara-gara gagal mengawal kemarahan selepas tewas tipis kepada pesaingnya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

11 mins ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

50 mins ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

3 hours ago