fbpx
Now Reading
Hanya Guna Sudu, 6 Tahanan Palestin Berjaya Larikan Diri Dari Penjara Kawalan Ketat Israel

Hanya Guna Sudu, 6 Tahanan Palestin Berjaya Larikan Diri Dari Penjara Kawalan Ketat Israel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Enam tahanan Palestin termasuk seorang bekas pejuang terkenal berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara kawalan ketat di utara Israel.

Lebih mengejutkan apabila laporan dari The Guardian melaporkan mereka berjaya melarikan diri dari penjara tersebut iaitu Penjara Gilboa menerusi sebuah terowong kecil yang digali hanya dengan menggunakan sebuah sudu berkarat.

Media tempatan turut melaporkan usaha menggali tersebut mungkin sudah bermula berbulan lamanya.

Menurut Komander perkhidmatan penjara utara Israel, Arik Yaacov, terowong yang digali itu bermula dari bawah sebuah singki lantai tandas sel hingga ke luar tembok penjara.

Lubang di luar tembok penjara yang digunakan untuk melarikan diri

“Lima tahanan  merupakan anggota pergerakan Jihad Islam dan seorang lagi adalah bekas komander Briged Syahid Al-Aqsa,”  kata perkhidmatan penjara (IPS) menerusi satu kenyataan.

Komander yang dimaksudkan adalah  Zakaria Zubeidi, bekas ketua Briged Pejuang Syahid Al-Aqsa yang mempunyai kaitan dengan Fatah dan tokoh terkenal dalam kalangan rakyat Palestin dan Israel

Foto : Quds Network

Menurut kenyataan sama, penduduk tempatan yang tinggal berhampiran tersebut terlihat ‘individu mencurigakan’ sekitar jam 3 pagi sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Kelemahan kawalan keselamatan punca lolos

Insiden tersebut disifatkan Perdana Menteri, Naftali Bennet sebagai satu insiden serius dan menunjukkan betapa lemahnya kawalan keselamatan menyebabkan anggota keselamatan Rejim Zionis mula dikerahkan untuk operasi memburu keenam-enam tahanan di Tebing Barat.

Malahan Jerusalem Post melaporkan siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal melakukan pemeriksaan rutin sehingga memudahkan mereka melarikan diri.

Namun media tempatan menjangkakan mereka berjaya melarikan diri ke bandar Jenin justeru akan menyukarkan pencarian kerana bandar tersebut merupakan tanah Palestin dan penduduknya begitu berani dan terkenal dengan sikap berani bangkit.

Sebagai rekod, Penjara Gilboa yang terletak sekitar 4 kilometer dari sempadan Tebing Barat yang dirampas negara haram tersebut merupakan salah satu penjara paling ketat di sana.

Ia kebiasaannya menempatkan rakyat Palestin yang didapati bersalah atau disyaki terlibat dalam aktiviti anti-Israel termasuk serangan maut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.