fbpx
Now Reading
Dah Siap Tergigit, Wanita Terkejut Jumpa Jari Dalam Burger Milik Pekerja Pusat Sembelih Daging

Dah Siap Tergigit, Wanita Terkejut Jumpa Jari Dalam Burger Milik Pekerja Pusat Sembelih Daging

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umpama filem ngeri! Itu yang dialami seorang wanita selepas dia terjumpa potongan jari manusia didalam burger yang sedang dimakannya di sebuah restoran di Bolivia pada ahad lalu.

Estefany Benitez yang sedang menikmati juadahnya di sebuah restoran burger di Santa Cruz de la Sierra, difahamkan sudahpun menggigit ‘daging’ berkenaan namun terasa pelik kerana ianya begitu keras.

Dia lantas meludahkannya sebelum mendapati suapan pertama yang baru masuk ke mulutnya itu merupakan potongan jari seseorang.

Dia kemudian berkongsikan perkara tersebut ke akaun Facebooknya berserta beberapa foto jari memperlihatkan jari berkenaan di sebelah burger miliknya. Dia dalam masa sama turut berkongsi satu video perbualannya bersama wakil restoran berkenaan mengenai penemuan berkenaan.

Namun mereka meminta maaf dan menjelaskan perkara itu tidak pernah berlaku kepada mereka sebelum ini.

Foto : News Flash

Tidak menunggu lama, Estefany kemudian terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Polis yang menjalankan siasatan kemudianya mengesahkan yang ia adalah jari manusia yang telah busuk.

Timbalan Menteri Perlindungan Hak Pengguna, Jorge Silva kemudian memaklumkan siasatan lanjutan mendapati jari tersebut adlaah milik seorang pekerja di sebuah kilang daging. Pekerja berkenaan difahamkan telah terlibat dengan kemalangan sewaktu menguruskan mesin pemotong daging hingga kehilangan dua jarinya.

“Semua fakta menunjukkan bahawa pekerja yang mengendalikan mesin penggiling daging itu mungkin telah kehilangan dua jari.

“Salah satu dari jari itu telah dimasak menjadi hamburger dan satu lagi tidak diketahui di mana,” katanya.

Dia kemudian mengarahkan cawangan burger tersebut ditutup sementara siasatan dijalankan namun setakat ini tiada pengesahan sama ada Estefany akan mengambil tindakan terhadap syarikat makanan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.