Peniaga Online Dakwa Dihalang Shopee Dari Menjual Di Laman E-dagang Lain

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang dilihat mula berjinak dengan dunia perniagaan online khususnya di laman e-dagang terkemuka seperti Shopee dan Lazada.

Namun disebalik kemeriahan tersebut, tular di media sosial dakwaan seseorang peniaga yang mendedahkan bahawa Shopee memberikannya amaran kerana mempunyai kedai di platform e-dagang lain.

Dikongsikan seorang pengguna Facebook, tangkap layar yang dimuatnaiknya menunjukkan seorang peniaga bertanya kepada orang ramai di sebuah forum mengenai masalahnya di mana dia mempunyai kedai online di kedua-dua platform berkenaan.

Namun berbanding bergelar peniaga biasa di Lazada, peniaga ini bagaimanapun memegang status sebagai seorang Preferred Seller di Shopee.

Namun tindakannya menjual produk yang sama di laman pesaing menyebabkan Shopee memberi amaran kepadanya, kerana menurut mereka dia telah melanggar terma dan syarat sebagai seorang Priority Seller.

Dia kemudian diiberikan kata dua sama ada memilih untuk mengaktifkan vacation mode (cuti) di Lazada atau memadam semua stok barangan tersebut di sana atau bakal kehilangan statusnya sebagai peniaga pilihan di Shopee. 

Namun terdapat percanggahan maklumat dimana peniaga berkenaan mendakwa dia adalah seorang preferred seller namun mesej whatsapp yang diterimanya dari Shopee mendakwa yang dia adalah seorang priority seller.

Ada netizen sifatkan tindakan itu tidak beretika dan cubaan monopoli

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai, ada yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan Shopee yang disifatkan tidak beretika dan cuba untuk menyalahgunakan kedudukan dominan untuk cuba memonopoli perniagaan dengan mengugut peniaga dibawahnya.

Malahan ada yang mendakwa bahawa tindakan laman e-dagang tersebut meminta peniaga untuk menutup kedai di platform lain boleh mewujudkan monopoli dan mengurangkan “persaingan” di antara platfrom e-dagang.

Netizen dakwa ada beza di antara Priority dan Preferred Seller

Carian kami tidak menemui sebarang maklumat lanjut mengenai perbezaaan diantara Priority atau Preferred Seller sehingga menyebabkan peniaga tersebut diberikan amaran.

Namun, menurut beberapa netizen, termasuk Pei Li, setahunya Priority seller dipilih sendiri oleh Shopee dan ini menjadikan sesebuah kedai tersebut ‘ekslusif’ untuk Shopee dan sebagai pulangan mungkin mereka akan diberikan beberapa manfaat yang berbeza dari seller lain termasuklah mereka berstatus Preferred Seller.

Cadang isu diketengahkan kepada MyCC untuk disiasat

Namun sejauh mana kebenarannya hanya pihak peniaga dan laman e-dagang yang dapat mengesahkan. Namun ada juga segelintir netizen yang mencadangkan isu ini dibawa ke Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

45 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

1 hour ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago