fbpx
Now Reading
“5 Saat Pun Dah Bersyukur” – Isteri Askar Gembira Dapat Lambai Suami Dari Jauh Selepas 5 Bulan Tak Berjumpa

“5 Saat Pun Dah Bersyukur” – Isteri Askar Gembira Dapat Lambai Suami Dari Jauh Selepas 5 Bulan Tak Berjumpa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak mudah sebenarnya menjadi isteri kepada seorang tentera. Sebaik disatukan mereka sudah harus bersedia dari segi mental untuk duduk berjauhan dalam tempoh waktu yang agak lama disebabkan kerana tugasan suami kepada negara.

Begitu juga yang dialami seorang wanita yang sudah 5 bulan berjauhan dari suaminya yang juga seorang tentera.

Menerusi tiktok, wanita ini telah berkongsi video dia mana dia melihat suaminya dari kejauhan di tepi sebuah jalan.

Difahamkan suaminya yang sedang menaiki trak sedang dalam perjalanan bersama anggota-anggota tentera yang lain ke sebuah tempat kursus di Melaka.

@nhfbhj

5 saat jumpa pun bersyukur dah. Semoga terus kuat tunggu awak balik sayang 🥰##armywife

♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Memandangkan dia akan ke sebuah tempat baru dia meminta isterinya untuk menunggunya memberikannya kata-kata semangat.

Bagi memenuhi permintaan suaminya, wanita ini kemudian menunggu diluar kem pada hari lelaki itu bertolak ke tempat baharu.

“5 bulan tak jumpa suami, dapat tahu nak kena transfer kursus ke Melaka. Dia suruh tunggu tepi jalan, bagi moral sedikit.

“Sebagai isteri yang baik, sokonglah dia dari luar kem” tulisnya didalam video itu.

Cukup menggembirakan pasangan ini

Meskipun hanya beberapa dan hanya dapat melambai dari jauh, perkara itu sudah cukup menggembirakan pasangan suami isteri ini.

“5 saat jumpa pun bersyukur dah. Semoga terus kuat tunggu awak balik sayang” tulisnya diruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat meluahkan rasa sebak dengan perkongsian tersebut.

Ada juga yang berkongsi kisah hampir sama khusunya mereka yang berkahwin dengan anggota tentera dimana terpaksa menanggung rindu apabila berjauhan namun terpaksa merelakannya demi tugas mereka kepada negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.