Sejak semalam tular di media sosial beberapa keping foto memperlihatkan beberapa buah kenderaan mewah BMW M3 G80, BMW X3 dan juga Volkwage Tiguan yang lengkap dengan livery dan logo PDRM.
Ada yang mendakwa ia bakal menjadi kenderaan rasmi PDRM dan ada juga yang mendakwa ia hanyalah props untuk sebuah filem bertemakan automotif tempatan.
Menerusi salah satu foto tersebut, jelas terpampang kod ‘CPP 01’ iaitu unit Cawangan Pengawal Pengiring, yang kebiasaannya digunakan sebagai kenderaan untuk pemimpin tertinggi di Malaysia.
Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/trending/2021/10/07/tular-foto-bmw-m3-x3-dengan-livery-polis-bakal-jadi-kenderaan-rasmi-pdrm-atau-untuk-filem/
Meskipun ramai dilihat teruja dengan penularan foto tersebut, ada segelintir netizen yang dilihat kurang senang dan menyifatkan ianya satu pembaziran sekiranya ia menjadi kenderaan rasmi terbaharu PDRM memandangkan negara kita ketika ini sedang berdepan kekangan kewangan ekoran dari penularan Covid-19.
Terbaharu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tampil menjelaskan bahawa kesemua kereta mewah berkenaan belum dimuktamadkan pembeliannya oleh Bukit Aman.
Sebaliknya kenderaan mewah yang sudah lengkap dengan livery dan logo PDRM itu hanyalah kenderaan yang masih diperingkat pandu uji atau pembuktikan konsep (POC) selama 2 minggu tanpa sebarang perjanjian.
“PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa apa-apa perjanjian.
“Tujuannya adalah untuk kita mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagai sebarang penugasan dalam PDRM,” katanya dipetik dari Astro Awani.
Menerusi laporan Harian Metro pula, Pengarah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali menjelaskan kenderaan berkenaan akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan cawangan pengiring bagi sepanjang 2 minggu ini.
Tambah Hazani, Bukit Aman juga sedia maklum tentang kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan semasa pandemik COVID-19 ini namun tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan hanyalah untuk pandu uji.
Baca artikel berkaitan :
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…