Umum mengetahui semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan akan kembali membenarkan aktiviti merentas negeri buat individu yang lengkap vaksinasi bermula pada 11 Oktober 2021.
Bukan itu sahaja, kerajaan turut bersetuju membenarkan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara tanpa perlu memohon My Travel Pass (MTP) yang akan dimansuhkan bagi memudahkan pergerakan orang ramai untuk ke luar negara.
Namun syarat utamanya ialah pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik kembali ke tanah air.
Dengan pengumuman ini pasti ramai yang mula merancang untuk mengembara keluar negara bersama keluarga atau bersendirian atas beberapa urusan. Namun disebabkan penularan wabak Covid-19 masih lagi menular di kebanyakan dunia, negara manakah yang sudah membuka sempadan dan sudah menerima pengunjung dari Malaysia ?
Difaham setakat ini hampir 40 negara yang sudah menerima pengembara dari Malaysia tanpa perlu menjalani kuarantin, namun ada juga segelintir yang masih mewajibkan pengunjung dari negare kita untuk menjalani kuarantin.
Menerusi peta negara yang dikongsikan Awani, kesemua negara yang berwarna hijau dan hijau muda kini sudah menerima kemasukan pengembara dari Malaysia.
Antara negara yang dimaksudkan adalah :
-United Kingdom
-US
-UAE (Dubai)
-Brazil
-Kanada
-Mesir
-Maldives
-Belanda
-Pakistan
-Turki
-Jerman
-Ireland
-Thailand (Phuket sahaja)
-Romania
-Finland
-Mexico
-Sepanyol
-Switzerland
-Arab Saudi (umrah sahaja)
-Indonesia (Bali sahaja)
-Turki
Namun harus diingatkatkan banyak negara seperti UK, US dan Kesatuan Eropah masih belum meluluskan vaksin Sinovac berbanding vaksin seperti Pfizer, AstraZeneca dan Moderna buat masa ini. Jadi semak kelayakan vaksinasi anda disini :
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…
Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…
Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…