fbpx
Now Reading
Enggan Pulang Kenderaan Rasmi, Polis Akhirnya Rampas Camry Digunakan Bekas Exco Melaka

Enggan Pulang Kenderaan Rasmi, Polis Akhirnya Rampas Camry Digunakan Bekas Exco Melaka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui kemelut yang melanda kerajaan di Melaka selepas beberapa ADUN kerajaan menarik sokongan hingga membawa kepada pembubaran DUN.

Ianya terus panas selepas beberapa lagi isu timbul antaranya keengganan bekas EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee memulangkan kereta Toyota Camry milik kerajaan.

Dia yang sudah melepaskan jawatan Exco pada penghujung bulan lalu menegaskan hanyak akan memulangkan aset berkenaan selepas semua Exco dan 28 ADUN disana melakukan perkara sama.

Malah beliau menggesa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka menganjurkan program khusus agar semua Exco membuat penyerahan kenderaan yang digunakan mereka.

Norhizam menegaskan hanya akan memulangkan aset berkenaan selepas semua Exco dan 28 ADUN disana melakukan perkara sama. Foto : FMT

Sehubungan itu Polis Melaka pagi semalam telah telah merampas kereta berkenaan di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, Melaka.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, rampasan dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di atas 3 tempat letak kereta kondominum tersebut yang dipercayai disewa Norhizam sekitar 11.20 pagi.

Tindakan tersebut diambil selepas PDRM menerima satu laporan polis yang dibuat seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka.

Foto : Utusan / Diyanatul Atiqah

“Bertindak atas waran geledah yang dikeluarkan oleh mahkamah, sepasukan pegawai dan anggota polis telah merampas kereta bernombor pendaftaran MAL 3 di aras tiga sebuah kondominium berkenaan.

“Pihak polis turut merampas satu anak kunci kereta, kad ‘touch and go’ dan kad minyak daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu rasmi kepada beliau yang hadir menyaksikan rampasan dibuat,” katanya.

yang diletakkan di aras tiga tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Tun Perak yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi,

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.