Minah Salleh Naik Angin Dihalang Masuk Butik Mewah Di KLCC Gara-Gara Tak Pakai Mask [Video]

Kami yakin seluruh rakyat Malaysia sudah cukup tahu bahawa memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di taman dan pusat beli belah sudah menjadi satu kewajipan dan tiada yang terkecuali.

Kegagalan mematuhi SOP tersebut dalam mengekang penularan Covid-19 akan menyebabkan anda didenda maksimum RM10,000 untuk individu.

Terbaru tular di laman Twitter satu video memperlihatkan seorang wanita berbangsa inggeris  tiba-tiba mengamuk dan naik angin apabila dihalang daripada memasuki butik Dior di KLCC.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dihalang dari memasuki premis Dior itu disebabkan dia dia tidak memakai pelitup muka.

Dia kemudian dilihat mempersoalkan kenapa dia dilaran dari memasuki premis berkenaan.

“Bila saya nak masuk, dia letak tangan dia ke atas saya dan tolak saya,” kata wanita tersebut didalam video berkenaan.

Menurut pemilik video itu, dia berjaya merakam kejadian berkenaan sewaktu sedang beratur menunggu giliran bagi memasuki mewah berkenaan.

Jelasnya wanita tersebut bukan sahaja tidak berpuas hati walhal dia dengan jelas tidak memakai mask, sebaliknya dia turut menuduh mereka yang mengenakan mask sebagai komunis.

Siap rakam video petugas

Bukan itu sahaja dia juga dilihat merakam kejadian berkenaan menggunakan telefon pintar miliknya seolah ingin membuktikan bahawa dia adalah mangsa keadaan.

Namun ketegasan petugas di butik tersebut nyata meraih pujian orang ramai.

Macam mana boleh lepas masuk KLCC?

Namun apa yang menjadi tanda tanya orang ramai adalah bagaimana wanita ini boleh terlepas masuk ke Suria KLCC tanpa mengenakan mask memandangkan sekuritinya adalah ketat.

Ramai yang mahukan dia didenda disebabkan kedegilannya dan seolah memandang rendah undang-undang dan SOP yang dikuatkuasakan kerajaan Malaysia.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Faisal Halim dilaporkan mengalami kelecuran tahap 4 serta pergerakan dan percakap terbatas ekoran daripada insiden…

8 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

1 hour ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

2 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago