fbpx
Now Reading
Pelanggan Astro Kini Boleh Menstrim Netflix Menggunakan Ultra Box

Pelanggan Astro Kini Boleh Menstrim Netflix Menggunakan Ultra Box

Perkhidmatan ini kini tersedia untuk pengguna Ultra Box sebelum disusuli pengguna Ulti Box.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa bulan melancarkan kerjasama dengan perkhidmatan penstriman antarabangsa Netflix, Astro semalam mengumumkan mula membenarkan pelanggan untuk menstrim kandungan Netflix secara terus menggunakan peranti mereka.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Astro, perkhidmatan tersebut kini sudah tersedia untuk pengguna Ultra Box sejak semalam (9 November) dan akan disusuli oleh pengguna Ulti Box tidak lama lagi.

Menurut Astro, pek terbaharu ‘Pengalaman Baharu Astro’, ini direka khas untuk pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain.

Difahamkan bukan setakat Netflix, pelanggan juga boleh menikmati program penstriman terkemuka dunia dari Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ serta acara sukan berprestij dunia hanya menggunakan peranti tersebut.

Dengan tersedianya fungsi-fungsi ini, kami merasakan pelanggan Astro mungkin sudah boleh melupakan penggunaan Android Box.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith berkata, Astro sentiasa peka dan dengar akan kehendak pelanggan, justeru tampil memperkenalkan ‘Pengalaman baharu Astro’.

“Ianya khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kepelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.

“Ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro, dan kini disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari.

“Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang.” katanya.

Seiring dengan pelancaran tersebut, Astro turut menawarkan pek baharu mereka iaitu ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’ dengan pilihan langganan tanpa kontrak, 12 bulan atau 24 bulan.

Pakej-pakej ini ditawarkan pada harga bermula RM2 sehari.

“Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’.

“Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia.“Pengalaman Baharu Terhebat Astro’ ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif dan semuanya ini dalam satu bil sahaja,” menurut kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.