fbpx
Now Reading
Tak Perlu Kebenaran, LHDN Kini Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar Cukai

Tak Perlu Kebenaran, LHDN Kini Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar Cukai

Sebelum ini dengan adanya PDPA, pihak bank wajib untuk memaklumkan pelanggan sekiranya terdapat apa-apa akses dari pihak luar terhadap data mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan tidak lagi memerlukan persetujuan atau kebenaran pembayar cukai untuk memperoleh maklumat akaun bank mereka bagi melakukan semakan atau siasatan di masa hadapan.

Ini berikutan terdapat satu cadangan pindaan baharu iaitu Seksyen 106A pada Akta Cukai Pendapatan 1967 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Difahamkan salah satu cadangan di bawah pindaan tersebut adalah membenarkan LHDN untuk menuduh pembayar cukai di mahkamah, seterusnya membenarkan agensi tersebut untuk meminta butiran akaun bank mereka sebaik perintah tahanan dikeluarkan lapor Sin Chew Daily.

Diberi kuasa sita akaun bank untuk bayar hutang cukai

Selain itu, LHDN turut diberi kuasa untuk menyita akaun-akaun bank individu yang mengelak dari membayar cukai dan menggunakan harta yang mereka miliki untuk melunaskan hutang tersebut.

Namun menurut The Vibes, pindaan ini sudahpun diluluskan selepas Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021 semalam, 15 Disember 2021.

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya di akaun Twitter miliknya.

Bank tak boleh maklumkan pada pemegang akaun

Menurut kenyataan pakar percukaian, Koong Lin Loong ekoran pindaan ini, institusi perbankan juga tidak dibenar untuk memaklumkan perkara tersebut kepada individu berkenaan.

Pihak bank juga boleh berdepan denda dari RM200 – RM20,000 dan penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali sekiraya didapati melanggar seksyen tersebut.

Ianya dilihat sedikit berbeza kerana dahulunya orang ramai perlu menandatangani borang kebenaran bagi membenarkan pihak bank untuk berkongsi maklumat tentang akaun mereka kepada pihak berkuasa.

Ini bermakna agensi seperti LHDN masih perlu mendapatkan persetujuan dari pembayar cukai untuk melakukan siasatan. Namun dengan pindaan ini, kesemua itu tidak diperlukan lagi.

Akta PDPA tidak lagi terpakai

Tambah Koong lagi, dengan pindaan ini juga Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) tidak lagi terpakai pada penguatkuasaan seksyen tersebut kelak.

Sebelum ini dengan adanya PDPA, pihak bank wajib untuk memaklumkan pelanggan sekiranya terdapat apa-apa akses dari pihak luar terhadap data mereka.

Difahamkan pindaan ini dicadangkan adalah bagi mengurangkan aktiviti culas cukai. Menurut laporan, dianggarkan RM300 bilion jumlah pengelakan cukai telah dicatatkan di Malaysia setiap tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.