fbpx
Now Reading
Dianggap Terburuk Dalam Sejarah, Ini Kisah Banjir 1971 Yang Pernah Melanda Negara 50 Tahun Lalu

Dianggap Terburuk Dalam Sejarah, Ini Kisah Banjir 1971 Yang Pernah Melanda Negara 50 Tahun Lalu

Sumber kerajaan pada waktu itu melaporkan terdapat lebih 30 nyawa yang terkorban dan 100 ribu terjejas akibat banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Banjir buruk yang melanda beberapa negeri sejak beberapa hari lalu benar-benar merungsingkan hati ramai rakyat Malaysia khususnya mangsa bajir dan mereka yang mempunyai keluarga yang terkesan dengan bencana tersebut.

Setakat semalam sahaja, sudah hampir 14,000 mangsa banjir yang sudah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 5,189 diikuti Selangor (4,596 orang), Kelantan (3652), dan ratusan di Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Namun angka ini dijangka menurun selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan untuk banyak negeri dan menjangkakan cuaca akan bertambah baik.

Berlaku 50 tahun dahulu dan banjir terburuk di Malaysia

Bercerita mengenai banjir, tahukah anda negara kita pernah berdepan banjir besar yang sama 50 tahun dahulu malah dianggap terburuk dalam lipatan sejarah negara selain banjir pada tahun 1926.

Malah Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (YDPA) yang melawat mangsa banjir di Kuala Lumpur baru-baru in turut menyifatkan situasi yang sedang melanda negara ketika mirip dengan banjir besar yang berlaku pada waktu itu.

Baginda yang mencemar dulu turun ke padang turut bertitah, rakyat Malaysia perlu mengambil teladan untuk bersiap sedia terutamanya pada bulan Disember dan Januari, yang memperlihatkan impak banjir yang seperti berulang.

Bermula akibat hujan monsun pada 26 Disember 1970

Berbalik kepada kisah banjir tersebut, tragedi yang dipanggil Banjir Kuala Lumpur 1971 itu difahamkan bermula akibat hujan monsun lebat berterusan selepas sehari sambutan Krismas pada penghujung Disember 1970.

Disebabkan berlarutan hampir seminggu, paras air di kebanyakan sungai di beberapa negeri mula meningkat dan akhirnya melimpah keluar.

Keadaan mula tidak terkawal di Pahang, diikuti beberapa negeri lain seperti Terengganu, Johor, Kelantan, Melaka dan Selangor.

Kuala Lumpur yang ketika itu masih di bawah Selangor tidak terkecuali dan turut dilanda banjir yang besar.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan tanah rendah di Semenanjung Malaysia telah ditenggelami air pada waktu itu sehingga menjejaskan ratusan ribu mangsa dengan tiga negeri mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu Pahang seramai 40,000 penduduk, Johor (17,000) dan Selangor (14,000).

Amaran banjir kemudian mula dikeluarkan pihak berkuasa meminta orang ramai untuk berada di tempat tinggi bagi mengelakkan mereka dihanyutkan air banjir yang agak deras.

30 nyawa terkorban

Malah menurut laporan Reuters, sumber kerajaan pada waktu itu melaporkan terdapat lebih 30 nyawa yang terkorban akibat korban banjir.

Difahamkan keadaan tersebut turut menyebabkan berlakunya tanah runtuh di pelbagai kawasan tinggi sekaligus memutuskan hubungan jalan raya dan juga kereta api untuk ke banda-bandar utama di Selatan juga ke Pantai Timur.

Dalam pada itu, sebuah kapal bekalan tentera Laut British, Sir Lancelot yang berpangkalan di Singapura kemudiannya telah dikerahkan ke Pantai Timur untuk menghantar bekalaan makanan yang mencukupi untuk keperluan 150,000 mangsa.

RFA Sir Lancelot Foto : Wiki

Keadaan di Kuala Lumpur ketika itu juga tidak dapat digambarkan apabila bandar itu bertukar menjadi ‘pulau’ selepas hampir 60% kawasan di ibu kota ditenggelami air.

Air yang melimpah dari Sungai Klang turut menenggelamkan kawasan-kawasan utama antaranya dari Abdullah Hukum, Kerinchi hinggalah ke Dataran Merdeka.

Kerugian mencecah RM85.7 juta

DIfahamkan, negara telah menanggung kerugian besar harta benda yang mencecah RM84.7 juta ekoran dari banjir besar itu.

Kerajaan umum darurat bencana

Melihat pada keadaan yang begitu meruncing, Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kemudiannya telah telah mengisytiharkan darurat bencana di seluruh negara berkuat kuasa pada 5 Januari 1971.

Aset ketenteraan termasuk ribuan tenaga anggota kemudian digunakan untuk menolong mangsa di seluruh kawasan terjejas.

Kerajaan juga mengambil inisatif pantas apabila menghulurkan bantuan asas seperti makanan, ubat-ubatan, selimut dan khemah kepada semua mangsa.

Perdana Menteri Malaysia kedua itu kemudian turut mengumumkan pelantikan dua jawatankuasa kabinet iaitu :

1. Jawatankuasa Bantuan dan Pemulihan Banjir untuk menolong mangsa banjir.
2. Jawatankuasa menganalisis kerosakan dan menyarankan langkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial.

Foto : Utusan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.