“Dalam Hanya Makanan” – Wanita Perjelas Isu Bawa Keluar Kotak Oven Dari Mydin Sri Muda [Video]

Media sosial baru-baru ini hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video memperlihatkan sekumpulan mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam membawa pulang barangan yang disimpan di dalam bungkusan beg plastik besar dari pasar raya Mydin.

Lebih mengejutkan netizen apabila seorang lelaki yang keluar bersama seorang wanita dilihat membawa sebuah kotak ketuhar dari pasar raya berkenaan.

Insiden tersebut membuatkan orang ramai mengecam tindakan pasangan berkenaan dan individu-individu lainnya yang seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kebaikan Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin yang sebelum ini menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat beliau menghalalkannya.

Artikel berkaitan : “Oven Pun Kau Sapu?” – Netizen Terkedu Lihat Individu Ambil Kesempatan Dengan Kebaikan Bos Mydin

Terbaharu, wanita berkenaan dilihat tampil menerusi satu video menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Menerusi satu video yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @ZakuwanAwang, wanita itu menjelaskan dia bukanlah membawa keluar ketuhar.

Sebaliknya kotak ketuhar itu digunakan untuk mengisi makanan yang ingin dibawa pulang.

Menurut wanita itu, niatnya ke sana hanyalah untuk mengambil barang makanan kerana anaknya di rumah sudah tiga hari tidak menjamah makanan.

“Kalau saya ambil, saya nak buat apa dekat rumah dan anak dah lapar sebab tiga hari tidak makan.

“Bukan oven, cuma kotak yang saya bawa, didalamnya semua biskut (makanan) sahaja,” kata wanita itu.

Sudah buat laporan polis

Dia menerusi video tersebut turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan namun turut memohon maaf kepada orang ramai di atas kekeliruan yang terjadi.

“Saya dah buat report polis, tapi saya juga mohon maaf kerana buat kamu semua salah sangka ingat ianya oven, tapi bukan ia hanyalah kotak dan di dalamnya makanan.”

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago