Persatuan Dukun Indonesia Buat Ritual Khas, Doa Garuda Kalahkan Thailand Untuk Juarai Piala AFF

Peminat bola sepak pasti tahu esok bakal berlangsung perlawanan kedua peringkat akhir Piala AFF 2020 di antara Indonesia dan Thailand bagi menentukan siapakah Raja Bola Sepak Asean yang sebenar.

Namun keadaan ketika ini lebih memihak kepada Thailand selepas mereka dengan mudah berjaya menjinakkan Garuda 4-0 pada perlawan pertama tempoh hari.

Buat pasukan Indonesia, mereka perlu bekerja keras dan perlu membenam pasukan Gajah Putih sekurang-kurangnya 5-0 untuk menghidupkan kembali peluang mereka yang semakin tipis.

Malah misi tersebut dilihat agak mencabar jika dilihat berdasarkan prestasi semasa pasukan Thailand.

Namun siapa sangka, selain skuad nasional mereka yang akan beraksi di atas padang, sekumpulan bomoh dari Banyuwani, Indonesia difahamkan akan memberikan sokongan jarak jauh dengan melangsungkan satu ritual khas demi mendoakan kemenangan mereka ke atas Thailand.

Mereka yang merupakan ahli sebuah persatuan bomoh iaitu Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) difahamkan akan melangsungkan ritual khas tolak bala dan mendoakan kemenangan pasukan Garuda bersama semua ahli-ahlinya di seluruh negara.

Foto : PSSI

Menerusi laporan Detik News, Presiden Perdunu Abdul Fatah Hasan menjelaskan ritual tersebut yang dipanggil sebagai Samar Wulu hanya boleh dilakukan sebelum matahari terbenam iaitu sebelum masuknya waktu Maghrib.

Ia akan diadakan di Kedaton Perdunu, Ibu Pejabat Khas Perdunu dan dijangka bakal melibatkan ramai orang.

“Ada ritual khusus, ritualnya ialah Samar Wulu. Ia dilakukan untuk tolak bala dan mendoakan kemenangan pasukan nasional.

“Jadi ketika hal-hal besar seperti perlawanan ini yang melibatkan negara, maka ritual itu harus dilakukan di Ibu Pejabat dan ia akan melibatkan ramai orang.”

Tambahnya lagi, upacara tersebut tidak akan dilakukan secara langsung, namun mereka akan mengadakan penstriman secara langsung untuk tontonan ramai sewaktu sesi penutup bacaan doa.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

4 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

6 hours ago