Persatuan Dukun Indonesia Buat Ritual Khas, Doa Garuda Kalahkan Thailand Untuk Juarai Piala AFF
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Peminat bola sepak pasti tahu esok bakal berlangsung perlawanan kedua peringkat akhir Piala AFF 2020 di antara Indonesia dan Thailand bagi menentukan siapakah Raja Bola Sepak Asean yang sebenar.
Namun keadaan ketika ini lebih memihak kepada Thailand selepas mereka dengan mudah berjaya menjinakkan Garuda 4-0 pada perlawan pertama tempoh hari.
Buat pasukan Indonesia, mereka perlu bekerja keras dan perlu membenam pasukan Gajah Putih sekurang-kurangnya 5-0 untuk menghidupkan kembali peluang mereka yang semakin tipis.
Malah misi tersebut dilihat agak mencabar jika dilihat berdasarkan prestasi semasa pasukan Thailand.
Namun siapa sangka, selain skuad nasional mereka yang akan beraksi di atas padang, sekumpulan bomoh dari Banyuwani, Indonesia difahamkan akan memberikan sokongan jarak jauh dengan melangsungkan satu ritual khas demi mendoakan kemenangan mereka ke atas Thailand.
Mereka yang merupakan ahli sebuah persatuan bomoh iaitu Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) difahamkan akan melangsungkan ritual khas tolak bala dan mendoakan kemenangan pasukan Garuda bersama semua ahli-ahlinya di seluruh negara.
Menerusi laporan Detik News, Presiden Perdunu Abdul Fatah Hasan menjelaskan ritual tersebut yang dipanggil sebagai Samar Wulu hanya boleh dilakukan sebelum matahari terbenam iaitu sebelum masuknya waktu Maghrib.
Ia akan diadakan di Kedaton Perdunu, Ibu Pejabat Khas Perdunu dan dijangka bakal melibatkan ramai orang.
“Ada ritual khusus, ritualnya ialah Samar Wulu. Ia dilakukan untuk tolak bala dan mendoakan kemenangan pasukan nasional.
“Jadi ketika hal-hal besar seperti perlawanan ini yang melibatkan negara, maka ritual itu harus dilakukan di Ibu Pejabat dan ia akan melibatkan ramai orang.”
Tambahnya lagi, upacara tersebut tidak akan dilakukan secara langsung, namun mereka akan mengadakan penstriman secara langsung untuk tontonan ramai sewaktu sesi penutup bacaan doa.