Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Tidak dinafikan majoriti manusia takut dijangkiti wabak Covid-19. Ia bukan sahaja berbahaya, malah sudah mengorbankan lebih 5 juta manusia di seluruh dunia.
Perasaan sama turut dirasakan seorang guru wanita di Amerika Syarikat sebaik mengetahui anaknya telah dijangkiti virus tersebut.
Namun disebabkan perasaan risau yang terlampau, dia telah membuat keputusan yang agak kurang bijak apabila mengasingkan anaknya yang diuji positif di dalam but kereta mereka sewaktu dua beranak ini dalam perjalanan ke sebuah pusat saringan di Stadium Pridgeon, Harris County, Texas.
Foto sekadar hiasan. Foto : NewsWeek
Tindakan Sarah Beam, 41 bagaimanapun disedari oleh orang ramai di pusat kesihatan berkenaan apabila seorang petugas terdengar suara anak lelakinya itu di dalam but kereta. Individu tersebut kemudian bertindak menghubungi pihak polis.
Nak isolasi anak
Dia yang disiasat kemudian mengakui meletakkan anaknya di dalam but kereta kerana bimbang akan turut dijangkiti. Pengakuan tersebut menyebabkan akhirnya ditahan pihak polis.
Sehubungan itu Sarah akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membahayakan nyawa anaknya yang berusia 13 tahun.
Malah perbuatan tersebut menyebabkan dia yang merupakan seorang guru Sekolah Tinggi Cypress Falls digantung tugas.
Menurut seorang jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Texas, anak lelakinya boleh mengalami kecederan yang parah sekiranya berlaku kemalangan.
“Saya tidak pernah dengar ada orang diletakkan dalam but kereta hanya kerana mereka didapati positif, atau apa sahaja penyakit,” kata Sarjan Richard Standifer.