Dimandi Seperti Jenazah Kerana Lalok & Khayal, Rupanya Datuk Yang Suruh Lapor Pada Polis

Insiden membabitkan seorang remaja yang dimandikan seperti ‘jenazah’ selepas ditangkap cuba mencuri tabung di sebuah masjid nyata menimbulkan perdebatan hangat di media sosial.

Dia yang merupakan seorang penganggur kemudiannya ditahan pihak berkuasa dan akhirnya telah djatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis, 13 Januari 2022.

Namun penularan video memperlihatkan aksi ‘kasar’ kariah masjid memandikan selain melakukan ‘hukuman’ waterboarding ke atasnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang ramai selepas pihak pembelaan memaklumkan remaja itu menggunakan alasan terdesak mencuri tabung masjid untuk membeli ubat datuknya yang sakit.

Baca artikel berkaitan : Pemuda Cuba Curi Tabung Masjid Mohon Maaf, Beri Alasan Sebab Nak Beli Ubat Untuk Atuk Sakit

Terkejut dengan alasan yang diberikan, ramai mula mengecam tindakan kariah masjid yang menurut mereka bukan sahaja mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-udang malahah tidak menyiasat dahulu punca remaja itu berbuat demikian.

Rupanya datuk yang suruh lapor pada polis

Namun siapa sangka, terdapat plot twist mengenai apa yang terjadi apabila datuk remaja itu tampil mendedahkan bahawa dia sendiri yang menyarankan Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) berkenaan iaitu Masjid Al Islahiah untuk membuat laporan polis ke atas cucunya.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Rosli Sidek, 65 mendedahkan Daniel Iskandar seorang remaja yang bermasalah, sukar dikawal dan agak agresif.

Bukan itu sahaja, dia yang sering mencuri di rumah difahamkan baru sahaja terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Justeru dia memutuskan tindakan itu perlu diambil untuk memberikan pengajaran kepada remaja itu agar menjadi orang berguna pada masa depan.

“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

“Kemungkinan besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” kata Rosli lagi.

Tidak mahu kariah masjid terus dipersalahkan, Rosli menjelaskan yang dia perlu bersikap jujur di mana dia tidak pernah meminta cucunya untuk membelikan ubat sehingga perlu mencuri. Bahkan dia juga ada menerima bantuan sebanyak RM400 sebulan dari Lembaga Zakat Selangor.

Tambahnya lagi AJK masjid juga selalu memberikan barangan keperluan kepadanya setiap bulan.

“Malah pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan,” katanya lagil

Dimandikan kerana lalok

Dalam pada itu Malaysia Gazzette turut mendapatkan penjelasan dari AJK Masjid Al Islahiah mengenai apa yang terjadi.

Menurut AJK tersebut, mereka bertindak memandikan remaja berkenaan kerana dia sewaktu ditemui berada di dalam keadaan khayal dan lalok.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago