fbpx
Now Reading
Pemuda Cuba Curi Tabung Masjid Mohon Maaf, Beri Alasan Sebab Nak Beli Ubat Untuk Atuk Sakit

Pemuda Cuba Curi Tabung Masjid Mohon Maaf, Beri Alasan Sebab Nak Beli Ubat Untuk Atuk Sakit

Dia difahamkan menetap bersama datuknya selepas ibu bapanya bercerai dan kehidupan mereka tidak senang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat membincangkan kes seorang remaja yang dimandikan seperti ‘jenazah’ selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid dan menyorokkannya ke bilik mandi jenazah.

Menerusi video tular, pemuda itu bukan setakat dimandikan, malah dia turut dilumur dengan kapur barus meskipun masih berpakaianan lengkap selain wajahnya disiram dengan air seolah-olah dikenakan hukuman waterboarding.

Dia yang baru berusia 19 tahun kemudiannya ditahan pihak berkuasa dan akhirnya telah djatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada khamis, 13 Januari 2022.

Baca artikel berkaitan : Remaja Tular Dimandikan Seperti Jenazah Dipenjara 10 Hari & Denda RM4,000

Majistret Nik Mohd Fadli, sebelum menjatuhkan hukuman telah menegur perbuatan tertuduh dan menegaskan bahawa mencuri adalah satu kesalahan. Beliau dalam masa sama berharap remaja tersebut insaf dengan apa yang telah dilakukannya.

Walaubagaimanapun, peguam Azman Abdullah yang mewakili remaja tesebut secara suka rela (pro bono) tampil memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan kesalahan ini adalah yang pertama dilakukan dan anak guamnya juga sudah insaf.

Malah tertuduh turut memohon maaf kepada pihak masjid serta mahkamah atas tindakan yang dilakukan.

Dia kemudian menjelaskan alasannya berbuat demikian adalah kerana terpaksa dan terdesak memerlukan wang bagi membeli ubat untuk merawat penyakit kencing manis yang dihidapi datuknya.

“Anak guam saya memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid. Alasan dia (cuba mencuri) kerana dia perlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. Dia cuba meminta kepada orang tetapi mereka tidak boleh tolong,”

“Anak guam saya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan ibu bapanya telah bercerai sejak dia berusia lapan tahun. Dia tinggal bersama datuknya berusia 70-an dan kehidupan mereka bukan senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran,.” 

Tambah Azman lagi,  meskipun anak guamnya bersalah, tindakan pihak-pihak yang mengambil video sehingga ianya tersebar juga adalah tidak wajar kerana telah menyebabkan tekanan kepada tertuduh dan keluarga.

Pemuda Amanah bantu bayar denda RM4K

Dalam pada itu, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) difahamkan akan membayar denda RM4,000 yang dikenakan kepada remaja tersebut.

Selain itu mereka juga akan membantu meringankan bebean keluarga remaja berkenaan demgan membelikan ubat untuk kegunaan datuknya.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Hasbie Muda menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Pemuda Amanah akan membantu keluarga remaja tersebut untuk bayar semua denda RM4,000 yang dikenakan serta belikan ubat kepada datuknya.

“Remaja 19 tahun ini juga perlu peluang kedua. Kita perlu membantu,” kata Hasbie.

Beliau dalam masa sama turut menyifatkan tindakan ‘mandi jenazah’ yang diambil terhadap remaja tersebut adalah keterlaluan.

Baca artikel berkaitan :

Foto : Bernama/Nur Aimidiyana Zuher

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.