fbpx

Pernah Bergelar Disneyland Malaysia, Netizen Terkejut Lihat Bandar Agacia Perak Yang Kini Suram

Keadaan terkini di lokasi Insta-worthy ini menurutnya adalah jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar hujung tahun lalu, netizen dikejutkan dengan keadan Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak yang dilihat tidak terurus dan dipenuhi rimbunan lalang selepas lebih setahun ditutup.

Perkongsian tersebut nyata mengecewakan banyak pihak kerana taman tema tersebut merupakan destinasi pilihan untuk dikunjungi buat mereka yang ke Perak selain Lost World of Tambun.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @eiffajamalulail telah berkongsi satu lagi lokasi pilihan di negeri tersebut yang kini suram tanpa pengunjung iaitu Bandar Agacia, Kampar.

Bandar ini dahulunya menjadi tarikan pelancong disebabkan warna dan struktur bangunannya yang bukan sahaja menarik dan ceria malah kelihatan unik ala animasi seperti Disney sehingga mendapat gelaran ‘Disneyland Malaysia’.

Foto : Libur

Malah ia menjadi lokasi orang ramai untuk ber ‘OOTD’ selain menjadi pilihan bakal graduan dan orang yang berkahwin untuk mengabdikan momen indah mereka.

Diringkaskan bandar ini sememangnya instagram worthy dan patut dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Foto : IG amirasyraf.weds

Kelihatan suram dan sepi tanpa pengunjung

Menerusi foto yang dikongsikan pengguna Twitter ini, jelas Bandar Agacia yang turut dikenali sebagai The Trails of Kampar kini sepi dan suram tanpa kehadiran pengunjung.

Bahkan dapat dilihat banyak premis yang ditutup dan tidak lagi beroperasi.

Bukan itu sahaja, kondisi bangunan di sana juga kelihatan seperti tidak diselenggara selain warnanya yang kelihatan sedikit luntur.

Menurut eiffajamalulail, keadaan di sana juga seperti bandar yang ditinggalkan sekaligus menjadikan ianya tidak berbaloi untuk dikunjungi.

Keadaan ini menurutnya adalah jauh berbeza dengan Bandar Agacia beberapa tahun lalu.

Perkongsian ini kemudian menarik perhatian netizen yang kecewa dengan apa yang terjadi. Rata-rata dilihat menzahirkan rasa sayang kerana destinasi secantik ini boleh kelihatan begitu rupa.

Masih ada premis yang beroperasi dan penuh pengunjung

Namun disebalik ciapan itu, seorang pengguna Twitter kemudian menjelaskan ada beberapa lagi premis yang masih ‘gagah’ dan terus beroperasi di situ.

Malahan dia yang dipercayai seorang pengusaha restoran turut berkongsi beberapa foto keadaan di kedainya yang masih dipenuhi pengunjung.

Dia dalam masa sama turut berkongsi beberapa foto memperlihatkan keadaan di kedainya pada hujung minggu lalu.

Difahamkan perniagaan mereka mula beroperasi pada 4 petang hingga lewat malam dan hanya ditutup pada hari rabu.

Menerusi carian kami, kafe berkenaan yang dikenali sebagai Cafe Awesome of Arts turut aktif berkongsi perkembangan semasa mereka di media sosial.

Apa-apa pun kami doakan, tempat cantik ini akan kembali bangkit dan kembali dikunjungi orang ramai. Keadaan ini secara tidak langsung pasti membantu para peniaga dalam masa sama akan turut menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.