fbpx
Now Reading
“Atas Faktor Keselamatan” – Panas Isu Uncle Ditarik Keluar Dari Lif, Ini Respon Anak Zahid Hamidi

“Atas Faktor Keselamatan” – Panas Isu Uncle Ditarik Keluar Dari Lif, Ini Respon Anak Zahid Hamidi

Malah dia meluahkan rasa kesalnya kerana orang ramai dilihat cuba menuding jari kepada Zahid sedangkan bodyguard tersebut hanya menjalankan tugas sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai perkongsian satu video oleh wartawan Channel News Asia (CNA), Melissa Goh yang sedang membuat liputan perkembangan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut dapat dilihat seorang lelaki yang sedang memasuki lif bersama kumpulan Zahid dicekak dan ditarik keluar dengan kasar oleh dua individu dipercayai merupakan pengawal peribadi.

Tindakan dua individu berkenaan ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan mereka sebagai keterlaluan dan tidak beradab.

Baca artikel berkaitan : Netizen Berang Lihat Video Lelaki Ditarik Keluar Gara-Gara Nak Bagi Kumpulan Zahid Hamidi Masuk Lif

Isu ini turut menarik perhatian anak bekas timbalan perdana menteri itu sendiri iaitu Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang tampil menerusi beberapa perkongsian di IG Story bagi menjelaskan apa yang terjadi.

“Bukan tunggu lif dahulu, terpaksa ditarik keluar demi keselamatan”

Menurut Nurul, uncle yang tular tersebut bukanlah sampai dahulu di lif seperti yang didakwa segelintir netizen, sebaliknya dia memang menunggu untuk menaiki lif bersama-sama ayahnya ke tingkat 4 Mahkamah Tinggi.

Namun atas faktor keselamatan, dua bodyguard tadi terpaksa menariknya keluar dari lif berkenaan.

Dia dalam masa sama turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seseorang yang dipercayai turut bertugas sebagai pengawal peribadi.

“Semua benda nak jadi isu”

“Cerita dia, dia bukan tunggu lif lama. Dia (uncle tular) memang tunggu nak masuk lif sama-sama ke tingkat 4 mahkamah. Atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak bersama-sama dalam lif itu. Siapa yang buat kerja bodyguard tahu la, nak jelaskan pun payah tak tahu macam mana. Semua benda nak jadi isu.”

“Siapa India tu, orang salah kan Abah (Zahid) padahal takda kena mengena dengan Abah”

Bukan bodyguard Zahid tapi kenalannya

Hidayah dalam masa sama turut mendakwa pengawal peribadi tersebut bukanlah pengawal peribadi Zahid sebaliknya merupakan bodyguard kepada seorang dari kenalannya.

Malah dia meluahkan rasa kesalnya kerana orang ramai dilihat hanya cuba menuding kepada ayahnya sedangkan bodyguard tersebut hanya menjalankan tugasnya sahaja.

“Dia buat kerja dia. Tak tahu la arahan apa yang dia dapat (tapi) dia buat je la. So ? Salah Zahidi Hamidi jugak? Mentang-mentang la Zahid Hamidi, semua salah,” katanya lagi.

Uncle ditarik datang berkumpulan dari Penang

Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila dia turut berkongsi satu lagi tangkap layar perbualan Whatsapp yang mendakwa uncle yang ditarik sebenarnya datang berkumpulan dan dari Pulau Pinang.

Jika benar dakwaan tersebut, ini bermakna dia dan individu yang berbual bersama Nurul mungkin mengenali sesama sendiri.

Nurul bagaimanapun tidak menjawab persoalan orang ramai kenapa kedua-dua bodyguard tersebut perlu melakukan ‘tindakan keras’ dengan mencekak leher uncle berkenaan dalam usaha mereka untuk membawanya keluar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.